Sekian lama tak update blog, hari ini dapat juga update tanpa gangguan internet walaupun tak ada apa cerita yang menarik. Sepanjang 2-3 minggu yang lepas, kehidupan seharian banyak mendengar cerita suka, duka dan juga lara teman-teman dan family. Selebihnya menemani dan merawat hati mereka sedangkan diri sendiri pun bercerita dengan pelbagai kisah. Inilah kehidupan yang harus diteruskan. Rasanya sudah letih menjadi lilin yang menerangi kehidupan orang lain.
Sekian lama tak balik Ipoh dan akhirnya semalam dapat juga balik Ipoh. Tak dapat dinyatakan gembiranya rasa hati. Walaupun Ipoh tidak secanggih Putrajaya tetapi alangkah bahagia hati berada di sini. Sedih juga melihat rumah yang ditinggalkan yang tidak terurus. Pokok-pokok bunga dipasu, makin kering dan layu.
Semalam dapat juga lunch nasi briyani di Res.Salim tapi tak berapa nak sedap sebab masa itu, perut masih kenyang dengan mee kari di R&R Tapah. Selepas itu ke Ipoh Parade atas permintaan Affini dan akhir sekali singgah di Megoplex untuk facial dan rawatan resdung di Jamu Ikhlas. Lega rasa kepala.
No comments:
Post a Comment