Thursday, June 30, 2011

MERAPU DI MALAM JUMAAT

kerana cinta insan bertemu, kerana cinta jugalah insan berpisah, cinta memang selalu menemukan dan memisahkan, perpisahan amat memedihkan, namun rindu tetap rindu........
45 minutes ago ·  · 
  • 2 people like this.
    • Nad'iea Daud peeeeeeeeeeeeeerhh!! ayat!!!
      43 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah peeeeewitttttttttttttttttttttt............................
      38 minutes ago · 
    • TT mlm nih bintang pun berkerlipan.......wiwiiittttt
      34 minutes ago · 
    • Nad'iea Daud bila bintag berkelipan.. makaaa... ujannnnnnnnnnn yang turunnnn bagaikan mutiaraaaaaaaaaaaaaaa
      24 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah tap...tap....tap....bunyi rintik2 ujan d mlm yg dingin.....
      19 minutes ago · 
    • Nad'iea Daud tap tap tap!!.. bunyi dalam besen ke dalam kolam.. hehehe
      18 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah lu pikir lh sndiri....wakakaka.....
      17 minutes ago · 
    • TT bulanpun menyinar di kolam....oooo bulan di mana kamu berada....hihi
      16 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah hahahhaha......mlm bulan d pgr bintang. indah sungguh ciptaan Tuhan....smbung...jgn x smbung....
      15 minutes ago · 
    • Nad'iea Daud lor.. bulan skrang mana dok kt pagar.. jolok mcmana pn kompem tak leh capai.. kakakakka
      14 minutes ago · 
    • TT pungguk pun rindukan bulan....ooo pungguk, malang nasibmu...
      14 minutes ago · 
    • Nad'iea Daud punggok tk yah rindukan bulan.. punggok boleh pasang 4... hehe
      12 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah baaaaanyak la hng punya psg 4 nadia oiiii...ingt saleh yaakob ka?
      11 minutes ago · 
    • TT tuh kena berguru dgn mak neng...hua3
      10 minutes ago · 
    • Nad'iea Daud I follooooooooooooooooooow
      10 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah i followwwwwwwwwwwwwww tuuuuuuuuuuuuuu
      9 minutes ago · 
    • Nad'iea Daud uik!! dh lari tajok la kak..
      9 minutes ago · 
    • Rose Anita Bt Abdullah tau x pa...hng laaa yg dok merepek....

Saturday, June 25, 2011

SELESAI SATU BAB

Seperti pagi-pagi  sabtu yang lepas, sabtu ini adalah menutup bagi kursus haji 1342H. Hari ini pula diadakan simulasi sekitar masjid al-Furqan dan Ustaz Zamri yang bertindak sebagai pembimbing dengan sabar memberikan latihan yang sangat terperinci. Memang sangat menyentuh hati. Banyak ilmu baru yang dapat dipelajari sepanjang 18 siri. Sesuatu yang peru dingatkan pada diri sendiri ialah yang baik jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan. Kerdilnya diri ini disisiNya dan sesuatu yang perlu diingatkan pada diri juga, kita manusia hanya merancang dan kesudahannya adalah ketentuan Allah. Bukannya bila kita ada harta yang banyak dan kesihatan yang baik, kita dapat apa yang dikehendaki. Disamping itu, dapat juga berjumpa dengan teman-teman lama yang terpisah bertahun dahulu. 
Malam ni pula melancong ke surau Presint 8...tafsir al-Quran. Walau bagaimanapun kuliah malam ini sedikit terganggu dengan sekumpulan pelajar dari IIUM yang rancak mengaji Quran hingga suara tok guru tenggelam timbul.

 Anak-anak murid yang tekun dan setia...hihi.

Wan Som yang baru balik dari umrah.......sempat juga ambil fotonya.

Tuesday, June 21, 2011

SEPI LAGI

Sudah tiga minggu Affini menghabiskan cuti semesternya dan sabtu lepas kami ke JB dengan Myvi pink. Kali ini kakang benarkan Fini pandu sendiri. Hish....cemas juga dibuatnya. Kami bertolak dari PUJ jam 9.15 pagi dan selamat sampai di IPTI jam 2.00 petang. Untuk perjalanan dua hari ini, kami membuat keputusan menginap di Hotel Selesa. Selalunya bila di JB, kami akan bermalam di Seri Malaysia
Ahadnya kami ke Taman Skudai Baru untuk mencari rumah sewa dan sempat juga singgah di SK Mutiara Rini. Jauh juga sekolah ini dengan IPTI.
Kelmarin kami bertolak  balik ke Putrajaya dengan bas dan selamat sampai di rumah jam 4.00 petang. Bagi orang lama macam kami, perjalanan menaiki bas adalah sangat memenatkan. Lagipun bas lansung tidak berhenti rehat. Sekarang ni tinggal TT dan kakang berdua sahaja di rumah ini kecuali bila hujung minggu.


Dalam lif saje yang sempat posing. Perjalanan yang memenatkan.

Monday, June 13, 2011

AKADEMI FANTASIA 9

Walaupun AF kali ini diakan di Presint3, Putrajaya tapi TT kurang minat nak turut serta. Memangpun dari zaman remaja dahulu, arwah emak dan bapa tidak mendorong anak-anaknya kepada aktiviti seumpamanya dan sewaktu denganya. AF kali ini macam tawar dan malap sahaja. Kalau dahulu, kami rajin juga mengikuti perkembangan AF tapi kini tidak lagi. Tidaklah seperti sesetangan orang yang sanggup tinggalkan semua kerja semata-mata untuk menonton AF.
 Anak-anakpun  turut kurang minat dengan AF9 ni.
Walau bagaimanapun hari ini masih teringin juga untuk melihat perkembangan final AF 9. Rata-rata akhbar tidak menyiarkan keputusan di muka utama. Tidak seperti Af yang lepas.
   
PUTRAJAYA: Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, dinobatkan juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang juga musim terakhir di sini, malam tadi.
Aksi konsisten dengan sentiasa meraih kedudukan tinggi menerusi undian SMS sepanjang penyertaan di AF9 menyaksikan Hazama mengatasi cabaran Nur Shafinaz Jebat (Fina), 18; Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24, dan Lenaber Hadir (Lena), 21, yang bersaing menerusi program realiti popular, kelolaan stesen televisyen satelit Astro itu.
Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai yang bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony. Hazama menjadi peserta kesembilan yang menjejaki juara AF terdahulu seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.
Naib juara dimenangi Lenaber Hadir, 21, atau Lena yang menyanyikan lagu Dunia (Bunkface) serta lagu baru, Sisa Kisah Kita, juga ciptaan Kuncidemakazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, dinobatkan juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

Sunday, June 12, 2011

PETANG DI PUTRAJAYA

Hari ini kang  berpergian lagi dan kali ini kang ke Kuantan. Kemudian akan terus ke Cameron Highlands hingga Khamis.  Petang ini, bertemankan Affini, kami jalan-jalan sekitar Presint 2 dan 3. Tujuan utama ialah untuk melihat sambutan Final Akademi Fantasia 9. Beberapa jalan utama sekitar Presint 3 ditutup tapi waktu itu, masih sepi lagi. 

Bagini pula komen Affini di blognya;....

petang petang ni tak de buat apa apa
so jalan jalan lah kat sekitar putrajaya.
putrajaya ni terkenal dengan tempat rekreasi.
tempat lepaskan bosan.
tempat berehat
dah duduk putrajaya dah lama tapi tak pernah tangkap pikcer kat sini.
macam orang baru sampai putrajaya 
snap pikcer. hikhik

 Masjid Putra

Affini