Monday, June 13, 2011

AKADEMI FANTASIA 9

Walaupun AF kali ini diakan di Presint3, Putrajaya tapi TT kurang minat nak turut serta. Memangpun dari zaman remaja dahulu, arwah emak dan bapa tidak mendorong anak-anaknya kepada aktiviti seumpamanya dan sewaktu denganya. AF kali ini macam tawar dan malap sahaja. Kalau dahulu, kami rajin juga mengikuti perkembangan AF tapi kini tidak lagi. Tidaklah seperti sesetangan orang yang sanggup tinggalkan semua kerja semata-mata untuk menonton AF.
 Anak-anakpun  turut kurang minat dengan AF9 ni.
Walau bagaimanapun hari ini masih teringin juga untuk melihat perkembangan final AF 9. Rata-rata akhbar tidak menyiarkan keputusan di muka utama. Tidak seperti Af yang lepas.
   
PUTRAJAYA: Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, dinobatkan juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang juga musim terakhir di sini, malam tadi.
Aksi konsisten dengan sentiasa meraih kedudukan tinggi menerusi undian SMS sepanjang penyertaan di AF9 menyaksikan Hazama mengatasi cabaran Nur Shafinaz Jebat (Fina), 18; Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24, dan Lenaber Hadir (Lena), 21, yang bersaing menerusi program realiti popular, kelolaan stesen televisyen satelit Astro itu.
Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai yang bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony. Hazama menjadi peserta kesembilan yang menjejaki juara AF terdahulu seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.
Naib juara dimenangi Lenaber Hadir, 21, atau Lena yang menyanyikan lagu Dunia (Bunkface) serta lagu baru, Sisa Kisah Kita, juga ciptaan Kuncidemakazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, dinobatkan juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

No comments: