Saturday, August 6, 2011

6 HARI BERPUASA

Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini, sudah 6 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan 1432H. Lima hari yang lepas, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah sahaja. Rasanya lebih selesa dan tak perlu terkejar-kejar. Boleh makan dan rehat dengan selesa. 
Walau bagaimanapun, hari ini teringin pula nak tukar selera dan destinasi yang paling hampir ialah  Mangiamo Cafe, Taman Ekuestrian Putrajaya. Dari Presint 11 hanya ambil masa 10 minit. Makanannya memang pelbagai  dan rasanya boleh tahan. Ramai juga pengunjung yang datang dan kebanyakannya ialah family. 
Tempat solat disediakan di  tingkat atas dan kemudahan untuk solat terawih juiga ada disediakan tetapi kami memilih untuk solat terawih di Surau Presint 8. Alhamdulillah, selesai untuk urusan hari ini.

 Puding sagu.

 Ruang solat wanita.

 Nasi minyak...makan selesai solat maghrib.

Hmmm....memang sedap rojak buah nih.

No comments: