Hari ini sudah setengah bulan Syawal berlalu. Cerita Aidilfitri pun sudah menjadi kenangan. Mungkinkah akan ada Aidilfitri untuk tahun-tahun yang akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah. Yang pastinya, sisa kehidupan yang ada harus digunakan dengan perkara-perkara kebaikan, bukan dengan terus sesat dengan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Tidak juga dengan dosa-dosa kecil, apatah lagi moga dijauhi dari melakukan dosa-dosa besar. Yang peliknya zaman sekarang ini, ramai yang tidak sedar akan perkara-perkara maksiat yang dilakukan.
Aidilfitri tahun ini, kami sekeluarga balik beraya di Ipoh. Berada di rumah sendiri terasa sangat selesa dan bahagia. Hari pertama, kami menziarahi rumah adik beradik dan selebihnya melayan tetamu di rumah. Yang datang pada hari pertama ialah kak Edah sekeluarga, kak Mun dan juga menantu, Johari sekeluarga, Kak Ha, Nizam sekeluarga dan akhir sekali malam hari raya pertama dikunjungi Zira sekeluarga.
Hari raya kedua pula, kami mengadakan rumah terbuka yang dihadiri oleh teman anak-anak. Memang agak memenatkan. Hari berikutnya, kami ke kampung kang di Sungai Manik. Sebelum tu, kami menziarahi pusara arwah FIL dan MIL di Teluk Intan. Sempat juga kami singgah di rumah abg Mat. Malamnya ada majlis tahlil dan perjumpaan keluarga di rumah pusaka kang.
Bermaafan di pagi 1 Syawal
Affini yang malu-malu kucing bila dapat duit raya dari kakak dan abangnya.
Kenangan kami sekeluarga di pagi Aidilfitri.
Rumah kak Ha. Nazira dan Nizam pun ada.
Johari sekeluarga dan juga kak Edah dan along yang berkunjung di petang 1 Syawal.
Majlis tahlil pada Khamis (3 Syawal) di Sungai Manik, rumah pusaka arwah MIL dan FIL.
No comments:
Post a Comment