Tuesday, August 23, 2011

NAK MANJA

Semenjak akhir-akhir ini kang selalu  sakit. Mungkin ini ingatan Allah untuk mengingatkan kita pada dosa-dosa kita di masa lalu. Kelmarin kang ke Melaka untuk tugas resmi di JPN Melaka selama tiga hari. Ini bererti Khamis baru balik. Hmm...lamanya.Dia pelawa ikut sama tapi disebabkan mood bulan puasa, malas nak ikut. Tiba-tiba tengahari tadi, kang muncul di depan pintu. Katakan kerja sudah selesai. Apa-apa lah. Tapi yang peliknya, terus minta selimutkan. Katanya demam.
Malam ini kang nak bermanja dengan anaknya. Angah telah berjaya memujuk kang ke klinik. Harap kang dapat pulihkan semangat balik.Nasib baik ada angah. Thanks dear sebab beri semangat pada ummi dan abah.

No comments: