Alhamdullillah, selesai sudah majlis sederhana kami pada hari ini. Rupanya bukan mudah untuk melaksanakannya terutama beberapa perkara yang melibatkan pihak-pihak lain seperti menunggu waktu mini pelamin sampai, mak andam dan khemah dipasang. Yang paling tension ialah bab makan. Nasib baiklah katerer datang awal dan makanan dapat disiapkan mengikut jadual. Ada yang kata sedap dan ada juga yag kata tak sedap. Biasalah tuh.Tapi sebagai tuan rumah yang sangat sebuk, kami hanya mampu menjamah makan setelah jam 6.00 petang. Masa itu seluruh badan terasa sangat sakit dan memenatkan. Makanan yang ditelan pun dah tak terasa.
Walaupun kami bukanlah family yang besar tapi anak-anak sangat membantu dan memahami. Bagitu juga dengan kak Teh sekeluarga, Kak Ha sekeluarga dan juga kak Edah juga sekeluarga yang sangat-sangat membantu. Petang ini, rumah kami kambali sunyi. Iki balik jam 9.00 malam tadi. Angah da Fini masih membantu di rumah. Malam ini rehat hingga esok. Kesihan anak-anak yang sangat kepenatan.
Mini pelamin bagi majlis menyarung cincin ini dipasang di ruang dalam rumah
Barang-barang hantaran yang telah siap dan diletak di hadapan mini pelamin.
Ada sebelas dulang semuanya.
Puteri kami Ili Isyazwani dan Norazam Mohd. Amin. Mudah-mudahan mereka tabah menghadapi dugaan alam pertunangan hingga disatukan dalam ikatan perkahwinan yang suci lagi murni. Kalau boleh, ummi dan abah mahu mereka cepat kahwin.
Mengabadikan kenangan bersama adik-adik pihak lelaki.
Bakal ibu mertua sedang menyarungkan cincin.
Cincin berlian emas putih sebagai pengikat janji. Sementara tersarung dijari kiri ialah cincin tanda.
Gambar ini diedit oleh Affini.
No comments:
Post a Comment