Sunday, December 9, 2012

MERIAHNYA MAJLIS PERKAHWINAN IYLIA HAIDAR

Majlis pernikahan Ya di Masjid Kg.Melayu, Ipoh. 
Pengantin lelaki ialah orang Perlis dan wartawan sukan di TV9.

Affini yang temankan ummi dan abahnya.
Sempat berposing....hihi

Aktiviti petang Sabtu. Nasib baik ada Kak Intan yang sama-sama membantu tuan rumah. 
Lepas ni kena rewang di majlis kak Intan pula.
Anak-anaknya seorang doktor dan seorang peguam . 
Masa kecil dahulu adalah teman sepermain Iki, Nani dan Fini.


Ini pula bunga telur yang akan diberikan kepada tetamu. 
Bunga telur yang pelbagai warna dicucuk pada batang pisang setinggai 5 kaki yang ditegakkan. 
Pertama kali buat dan pertama kali lihat. 
Katanya ini budaya orang Kedah. Emak pengantin perempuan berasal dari Kulim, Kedah.

Salah satu goodies untuk tetamu.

Disebabkan Iylia adalah anak tunggal, pelbagai bentuk dan jenis goodies disediakan. 

Friday, December 7, 2012

MENYUSURI JALAN KENANGAN

Tajuk macam sentimental sangat. Sebenarnya itulah mood orang tua yang dapat balik kampung sendiri. Sayang pada rumah yang ditinggalkan. Sedih melihat rumah yang ditinggalkan. Kali ini kami balik bertiga lagi. Memang sangat berseri sebab ada yang hendak dimanja dan bermanja. Minggu ini juga adalah minggu ketiga kami berulang-alik dari Ipoh ke Putrajaya. Dan sebab utamanya ialah bagi memenuhi udangan perkawinan anak jiran sebelah rumah pada hari ahad yang akan datang. 

Perjalanan kali ini, kang kata kita ikut Kuala Selangor. Dah lama tidak melalui jalan yang berliku dan sibuk itu. Teringat pula masa awal tahun 80an. Waktu itu kami tinggal di Seksyen 8, Shah Alam. Apabila balik kampung, selalunya kami melalui jalan ini untuk ke Sungai Manik, Teluk Intan. Pastinya rumah mertua yang dituju terlebih dahulu. 

Seperti biasa, destinasi utama yang harus dituju ialah mee rebus Mastan Ghani...hihi. Istimewanya ialah kuah mee rebus yang dicampur dengan kuah rojak. Terasa manis kuah rojak yang sedap itu.  Sempat juga kami singgah rumah abang Mat. 


Doa kami di pusara mertua di Teluk Intan. 


Home sweet home.

Wednesday, November 28, 2012

APABILA MELAKUKAN KESILAPAN ATAU TERLUPAKAH

Seminggu balik kampong dan jalan-jalan hingga ke utara, adalah sangat memenatkan. Hari-hari tersebut dilengkapkan dengan aktiviti makan-makan. Tak kira siang atau malam. Sangat nyaman perut kami sekeluarga. 

Ahad lepas kami terpaksa balik ke Putrajaya bagi meneruskan urusan-urusan lain. Kami hanya sempat menghadiri majlis Icam di Batu Gajah. Hasrat hati untuk ke majlis anak Dr.Murshid di Royal Golf Club pun tidak kesampaian. Itulah kami yang mengejar waktu dan menjaga hati keluarga.

Sempat singgah bazar ini tapi sangat membosankan.

Rabu lepas sempat singgah di KMK, Changlun.
Di pondok guard kang bertanyakan  rumah pengarah.
Dia jawab...jalan terus dan rumah yang sebuah tu ler rumah pengarah.
Hmmm.... kami tak jumpa jalan terus tersebut. Yang ada hanyalah simpang kanan atau kiri.


Dinner di Tanjung Dawai.
Along dan ayahnya (abang nasir)


Pagi yang nyaman di  hadapan rumah kembar dua along, Taman Lembah Bujang, Bidong. 
Kejauhan ialah Gunung Jerai.




Dataran Sungai Perak. 
Sudah lama kami tidak singgah di sini. 
Kawasan yang tidak dijaga kebersihannya.




Cendol.


 Jumaat
Baru ada masa untuk mengemas rumah.



Sempat jalan-jalan ke Jusco, Ipoh Garden

Sabtu.
Menghadiri majlis perkahwinan anak jiran di Dewan Bankuet Carsem. (Abdullah bin Kassim)

Dihadapan rumah Iki. Tuan rumah keluar beli rojak di Mantin




Iki memandu ke LCCT

Peristiwa malam semalam yang memang tidak boleh dilupakan.Seperti yang dijanjikan, kami  menghantar Iki ke LCCT untuk menjalankan tugas resmi di Tokyo, Jepun.   Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 11.00 malam. 

Dalam perjalanan balik, Iki telefon bagitau kata flight sepatutnya jam 2.45 petang Rabu. Bukan 2.45 pagi. Hishhhh...... harus berlapang dada dan  terpaksalah kami berpatah balik ke LCCT. Malam tadi Iki tidor di rumah dan tengahari tadi sekali lagi ke LCCT. 

Harap waktu ini Iki dah sampai di Lapangan Terbang Honako, Jepun. Semoga dipermudahkan segala urusannya di sana dan di lindungi Allah dalam segala perlakuannya. 


Tuesday, November 20, 2012

ALLAH SAYANG DIA-ARWAH DEWI SURIYANI

19 November 2012 (Selasa)

"Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali"....Al Fatihah

Selesai solat subuh, kami sekeluarga bertolak ke Tanjung Malim. Perjalanan yang dekat itu terasa sangat jauh. Pada masa itu fikiran masih tidak dapat menerima pemergiannya. Bagaimanakah keadaan anak-anaknya yang masih perlukan seorang ibu untuk bermanja dan bergantung harap. Bagaimana pula dengan Johari.
Dua minggu lepas arwah dimasukkan ke hospital. Peringkat awal, doktor tidak dapat mengesan apakah penyakitnya hinggalah pada Ahad lepas, doktor mengesahkan Su mengidap kanser paru-paru tahap empat. Hari yang sama juga keadaannya sudah sangat kritikal hingga sukar bernafas. Memang hati sangat terkilan kerana tidak sempat untuk menziarah arwah buat saat akhirnya. Kang kata kita singgah jer masa nak balik Ipoh pada hari Selasanya.
Semuanya ketentuan Allah dan kini hanya dapat melihat jasad yang sudah terbujur kaku. Sepanjang pagi yang hujan. Hanya doa mengiringi pemergiannya. Semoga ruhnya dirahmati ALLAH SWT, ampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...amin.

Usai di Tanjung Malim, kami terus balik ke Ipoh. Perancangan esok akan ke Changlun dan Merbuk. Harap perjalanan itu direstui Allah dan selamat pergi dan balik.

Sunday, November 18, 2012

SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN PADA KITA KERANA ALLAH SAYANG DIA

Memang bila telah tiba masanya, kita tak boleh menunda walau sesaat pun. Jam 8.55 mlm tadi, dapat sms Johari. Suriani telah kembali menemui penciptanya. Memang hati sangat sedih.
Mati itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Ya Allah, berilah kekuatan untuk Johari dan anak-anaknya meneruskan kehidupan mereka. 


 "Di mana pun kamu berada, namun kamu pasti menemui mati 
sekalipun di dalam benteng yang kukuh dan tinggi"...(Surah An-nisa, ayat 78)

Thursday, November 15, 2012

AWAL MUHARRAM 1434H KAMI DI HARI INI

Semalam awal-awal lagi dah janji dengan affini untuk solat maghrib di Masjid Putra. Hujan yang turun sejak awal petang membuatkan kami tidak ke mana-mana. 
Pagi ini, kami memulakan hari dengan meneruskan aktviti di Taman Saujana Hijau. Memang kawasan riadah ini sangat dekat dengan rumah tapi boleh pulak kami berkereta ke sana. Hmmm...peluh pun tak keluar. Selebihnya sangat nyaman menghirup udara segar di awal pagi yang dingin.


Bunga mawar yang mekar dan mewangi di pagi hari. 
Wangi ke...?.entahlah sebab tak berani nak cium baunya.



Menu kami tengahari ini di Restoran Muhamad Chan. 
Selain dari itu ialah udang butter, sup shark fin, telur dadar yang diwajibkan oleh en.kang dan kangkong tumis belacan. 
Hari ini kami ditemani Iki dan Zatie yang sanggup datang dari Taman Seri Pajam. 


Selesai lunch, en.kang nak ke JUSCO Taman Cheras plak. Makanya kami konvoi dua kereta. Geng swift...hihi.Memang penat tapi ada orang yang tak puas hati sebab tak dapat apa yang dihajati. Akhirnya kami ke Metro Kajang. Apakah yang ada di sini. Seselai solat zohor, pekena hot chocolate di Secret Recipe, ground floor. Balik dengan tangan kosong.


Sunday, November 11, 2012

APABILA YANG DEKAT MENJADI JAUH

Minggu ini fikiran memang sangat terganggu. Masa pun dirasakan berlalu sangat pantas dan sukar untuk dijejaki. Selasa lepas kak edah membawa berita Su admit di Hopital Slim River. Disebabkan kesibukan yang pelbagai, rancangan untuk menziarah terpaksa ditangguh.

7 November 2012 (rabu) 
Awal pagi menaiki bas ke JB dan balik berkereta MYVI yang penuh dengan luggage. Tamat sudah pengajian selama lima tahun setengah di IPTI. Affini drive sepanjang perjalanan dan selamat sampai di rumah sebelum maghrib. Syukur.

8 November 2012 (Jumaat)
Paksakan diri menziarahi Su di Hospital Slim River. Dalam perjalanan, Johari bagi sms yang sangat menyentuh jiwa. Semoga Su kuatkan hati dan tabah menerima perkhabaran itu. Ya Allah, hanya kepadaMu kami serahkan takdir ini.


Affini memandu sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Hospital Slim River. Terima kasih dear.

11 November 2012 (Ahad) 
Memenuhi undangan jiran yang meraikan majlis perkahwinan anak lelakinya di Dewan Seri Endon. 

 Kambing bakar. Katanya sedap. Tak suka kambing nih.


Memang cantik bunga ni. Usaha cari hingga di Pudu.



Kanak-kanak ribena yang sentiasa happy. Sayang anak-anak ummi (menantu pun dah kira anak juga).


Nasib baik ada anak-anak yang masih ada dan sudi menemani ummi dan abah. Luv u.

Wednesday, October 31, 2012

SEPANJANG HARI YANG HUJAN DAN SEMPAT JUGA KE GIANT, SERI KEMBANGAN

 Rayyan yang jemu melayan grandpa.

 Lama dulu. Terima kasih daun keladi yer  Nor hantar makanan untuk aunty. 
Selesai untuk lunch.

 Hari kedua Eidul Adha kami di Setia Mall. Singgah rumah angah.
Gara-gara tak balik Ipoh. Malas nak meredah kesesakan highway. 

 Menu kami tengahari ini. Memang sangat sedap. Angah yang belanja untuk birthday ummi. 
Terima kasih.

Dalam hujan tengahari tadi, sempat juga ke Giant, Seri Kembangan. Terima kasih.

Friday, October 26, 2012

KEPENATAN SEMALAM YANG MASIH TAK HILANG

Awal pagi kelmarin, kami bergerak ke IPTI, JB. Bertolak dari rumah jam 6.20 pagi dan tiba di IPTI lebih kurang jam 11.00 pagi. Selesai memasukkan barang-barang ke dalam kereta, terus bertolak balik. Sempat juga singgah membeli sedikit makanan persiapan untuk EidulAdha. Malam tadi ingat nak cari makan di luar sahaja tapi disebabkan hujan yang sangat kuat dan diikuti dengan petir dan kilat, masak jer apa yang ada. Memang sangat meletihkan. Malam tadi sempat juga masak rendang ayam dan rebus nasi impit untuk hidangan di pagi raya.

Hari ini memang lalok. Tengok jam pun dah x betul, Makanya jam 5.45 pagi, selesai sudah aktviti memasak. Tambah pula ada pembantu dari JB...hihi. 




Sunday, October 7, 2012

MELAYAN ORANG YANG STRESS

Pagi ini bersiaran dari Ipoh. Sebenarnya sudah hampir dua bulan tak balik Ipoh. Memang hati sangat bahagia dan berbunga-bunga bila dapat balik ke rumah sendiri. Yang penting, sempat singgah Teluk Intan dan menjamu selera mee rebus kegemaran di Mastan Ghani. Lega sangat-sangat walaupun perjalanan yang agak jauh dan juga meletihkan. Malam tadi sempat juga ke IT Fair di Stadium Indera Mulia. Hari ini kang kata nak pergi lagi. Layankan saja. 



Sebelum ke stadium, sempat makan tengahari di kedai mamak kegemaran berhampiran flat Sri Kinta.
Sotong masak karinya memang sedap tapi harganya semakin hari semakin mahal.


Wednesday, October 3, 2012

KISAH HARI KEDUA

Update kisah hari kedua angah di KPJ, Shah Alam. Maknanya hari Sabtu lepas. 
Hari ini dah janji nak masakkan nasi lemak untuk angah dan juga berjanji untuk datang awal pagi. Abah pula dengan rela hati ambil cuti. Awal pagi doktor dah bagi injection.  Sebenarnya hati sangat sedih melihatnya. Harap semuanya selamat.




Friday, September 28, 2012

SABARLAH APABILA ALLAH MEMBERI UJIAN KEPADA KITA

Saat ini fikiran memang sangat terganggu. Bila mental terganggu, badan pun turut rasa sangat letih walau untuk membancuh secawan teh pun macam terpaksa dibuat. Tabahlah wahai hati.
Malam tadi, lemah rasa hati bila lihat angah berjalan dengan longlai di pintu 5, KLIA. Sememang tak ingat apa dah masa tu. Sampai rumah telah melewati jam 12.00am.

"ummi, angah nak terus balik SA sebab...."
"biar ummi ikut sama..."

Abahnya suruh ummi ikut juga tapi akhirnya tak jadi ikut sama. Semalaman memang tak boleh tidur dan pagi ini terus ke KPJ Shah Alam.
Mudah-mudahan angah sihat dan dilindungi Allah. Hanya itu doa dan harapan seorang ibu. Kalau nak bercerita mengenai hati sendiri, hanya Allah yang maha mengetahui tapi kesedihan ini harus disimpan. Takut nanti angah dan Azam sangat kecewa. Abah pula asyik membebel....hmmm.

Monday, September 24, 2012

BILA USIA BERTAMBAH



23 September 2012 (Ahad)
Semalam bertambah lagi usia. Alhamdullillah kerana masih sihat dan mampu menguruskan diri sendiri. Syukur kerana sangat besar nikmat yang Allah berikan ini. Janganlah pula bila badan sihat dan ada sedikit wang, kita angkuh dan terus lalai dan leka dengan menikmati syurga dunia.  
Disebabkan dah janji dengan Iki untuk masakkan lunch, awal pagi dah ke pasar di Presint 8 dan jam 11.00 pagi terus ke Taman Seri Pajam. Biasalah bila orang masuk rumah baru, semuanya tak tersusun lagi. Kesian juga melihatkannya tapi biarlah dia belajar berdikari sendiri. Harap-harap mereka suami isteri akan dapat menguruskan rumahtangga yang dibena dari semua aspek. Sebenarnya tidak ramai penghuni yang sudah berpindah masuk dan suasana memang agak sunyi dan sangat tenang. 
Petangnya pula dah janji dengan kang untuk ke Mines tapi akhirnya kami terlajak ke SACC dan Kompleks PKNS Shah Alam pula. Seperti biasa kalau ke SACC, harus singgah menjamu selera di Noodles House tapi hari ni, makanan memang tidak berapa menyelerakan. Cukup sekadar untuk alas parut. 


Ini pula di ambil dari blog icecream n cola. Thank you dear. Luv u too.

Wednesday, August 29, 2012

WARNA EDUL FITRI KAMI TAHUN INI

Sudah 11 hari EdulFitri berlalu. Kalau nak cerita pun, macam dah tak berapa nak ingat dan tak berapa nak menyengat . Yang pastinya, tahun ini family kami bertambah dua orang. Walau tak semuanya berkumpul pada hari raya pertama tapisempat juga kami sekeluarga bergambar untuk kenangan. Itupun pada 7 syawal. 

 Foto yang sempat diambil sebelum menghadiri majlis kenduri Farah

 Masing-masing sempat berposing di majlis kenduri tahlil di bendang. Setelah sekian lama kami tidak tidur di sana, malam itu, sempat pasang kelambu masing-masing. Disebabkan angah tak bawa kelambu, singgah beli kelambu di pekan Chikus. Nasib baik tak ada gangguan. Isy....macam tak nak jer stay kat sana. Alasannya, abah nak pergi menziarah saudara dia. 

 Affini dengan Farah.

Riang ria dan hitam putih warna kehidupan. Indah untuk dikenang di masa akan datang. Mudah-mudahan bersaudaraan ini akan terus bertaut.