Saturday, June 30, 2012

MOGA KEKAL HINGGA 'JANNAH'

Banyak yang hendak dikisahkan tapi seluruh anggota masih terlalu lemah lagi hingga otak pun macam buntu. Dalam pada itu, sempat juga balik Ipoh setiap  minggu. Semuanya gara-gara kang yang kena outstation setiap minggu. Patutnya minggu hadapan kang harus bertugas di Johor Baharu pula. Harap-harap dia tak jadi berpergian lagi. Pening kepala untuk menempuh majlis minggu akan datang. Iki pula macam merungut sebab dia uruskan semua perkara. Hmmm...sabar dan tenang semua. 
Kembali pada majlis yang diadakan pada 17 Julai dan 23 Julai yang lepas, alhamdulillah semuanya selesai. Sedikit perkara yang terkurang, sila abaikan. Yang paling susah, nak jaga hati keluarga belah hubby. Sangat sedih sebab dalam kita kepayahan mental dan fisikal, orang tak pernah nak jaga hati kita. Hmmm....kemanalah nak dibawa hati ini. Kena simpan sendiri hati yang luka ini. Biar dia sembuh sendiri. Adakah patut macam tuh.

 Semoga masjid yang dibena, akan berkekalan hingga akhir hayat.

 Gembira

 Teman-teman angah yang sanggup datang dari jauh. Kasih sebuah persahabatan.

 Juga teman-teman angah masa di UKM

 Majlis di rumah mempelai.

Kad undangan

Wednesday, June 27, 2012

PULAU PINANG YANG MAKIN SESAK

Rasanya sudah hampir empat tahun kami tidak menjejaki Pulau Pinang. Waktu masa anak-anak masih boleh diajak ke sana-sini, rajin juga kami ke sini. Angah suka sangat makan ayam goreng mamak penang yang garing dan berempah. Kalau makan kat kedai, mesti nak bungkus ayam goreng. Restoren kegemaran kami pastinya Nasi Kandar Kayu. 
Hari ini walaupun badan masih demam, batuk dan selsema, terpaksa pula ikut kang yang bertugas resmi di Hotel Naza. Dia pun demam juga. Nak tidur pun tak berapa lena. Ubat yang diambil di Klinik Lita Alis pun dah habis. Sebelum bertolak tadi, sempat singgah kedai ubat di Taman Ipoh. Hmm...inilah cerita ummi dan abah yang tak sihat tapi terpaksa berpergian atas tugas. Harap-harap semuanya berjalan lancar esok. Dalam kereta tadi, kang siap berangan nak terus ke Langkawi tapi macam malas rasanya. 

Thursday, June 7, 2012

HARI KEDUA DI IPOH DAN SUDAH MULA TERASA PENAT

Hari ini adalah hari kedua di Ipoh. Awal pagi dah bangun dan hajat hati nak sarapan di Stadium. Fini teruja nak makan nasi kerabu dan umminya sebuk fikir nak makan apa.  Macam-macam menu yang difikirkan tapi hari ini medan selera di Stadium ditutup bagi kerja-kerja pembersihan. Selepas sarapan, terus ke Kg Dato' Ahmad Said. Pagi ini, tersesat jalan pulak....terlajak tak ingat simpang.
Lepas tu, sempat singgah kedai2 yang menjual kelengkapan perkahwinan di Jalan Kuala Kangsar  dan juga Pasar Besar Ipoh. Hari ini memang agak mamai hingga terlupa ada temujanji dengan Mr. Roslan. Terpaksa pula ditunda hingga jam 4.00 petang. Petang ni ronda sekitar pekan Ipoh untuk cari bahan-bahan yang perlu diisi dalam beg goodies. Akhirnya ke Econsave dan terjumpa udang yang sangat besar dengan harga yang berpatutan. Kalau bakar, tentu sedap. Fini, esok kita masak udang yer.

 Malam ini Affini nak makan nasi lemak depan BSN tapi tak jual le pulak. Nasib baik ada gerai depan RHB. Makan jer apa yang ada. Janji dapat tidur lena malam ni.


Inilah separuh dari aktiviti  ummi dan fini. Letih tapi tak boleh nak tidor pulak.


Saturday, June 2, 2012

DIA YANG TELAH JADI MILIK ORANG

1 Jun 2012 Jumaat) - telah berlansungnya majlis akad nikah puteri sulung kami Ili Syazwani dengan Norazam di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Jam 3.45 ptng,  kami ke masjid bagi memastikan persiapan lancar dan majlis akan berlansung selesai solat asar. Bukan saja hati mempelai yang berdebar, ummi dan abahnya juga sangat cemas walau majlis dibuat secara sederhana. Alhamdulillah semuanya selamat dan kini angah sudah bergelar isteri. Sebagai ibu, sangat besar harapan agar rumahtangga yang dibena berkekalan sepanjang hayat dan hingga ke syurga.
Memang sangat sebak untuk melepaskan anak gadis yang dibesarkan sendiri tapi itulah pusingan hidup yang harus dilalui. Pelbagai pahit dan manis yang diharungi untuk mendewasakan dia sebagai insan sempurna. Angah dilahirkan di kampung kelahiran umminya di pagi yang dingin iaitu beberapa minit sebelum azan subuh. Oleh kerana waktu itu, kang masih bertugas di Shah Alam, angah diazankan oleh arwah Ustaz Saadi dan dia juga yang memberi nama Syazwani. Dari lahirnya, dia memang sangat comel. Wajahnya sentiasa manis dan semua orang sangat menyukai dia. Arwah opahnya selalu panggil dia nani canggih. Angah yang dulunya selalu sakit, kini sudah dewasa dan berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah di UKM.. Bagitulah cepatnya masa berlalu. Sewaktu sekolah rendah, dia menjadi perhatian guru. Sangat aktif dengan aktiviti sekolah dan juga pengawas. Kalau bab menari, memang kena saja lenggoknya...hihi.

 Akad sedang berlansung dan selesai dengan sekali lafaz sahaja.
Lega hati semua hadirin.

 Angah diiringi kawan-kawanya yang membawa dulang hantaran.

Selesai majlis baru boleh posing.