1 Jun 2012 Jumaat) - telah berlansungnya majlis akad nikah puteri sulung kami Ili Syazwani dengan Norazam di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Jam 3.45 ptng, kami ke masjid bagi memastikan persiapan lancar dan majlis akan berlansung selesai solat asar. Bukan saja hati mempelai yang berdebar, ummi dan abahnya juga sangat cemas walau majlis dibuat secara sederhana. Alhamdulillah semuanya selamat dan kini angah sudah bergelar isteri. Sebagai ibu, sangat besar harapan agar rumahtangga yang dibena berkekalan sepanjang hayat dan hingga ke syurga.
Memang sangat sebak untuk melepaskan anak gadis yang dibesarkan sendiri tapi itulah pusingan hidup yang harus dilalui. Pelbagai pahit dan manis yang diharungi untuk mendewasakan dia sebagai insan sempurna. Angah dilahirkan di kampung kelahiran umminya di pagi yang dingin iaitu beberapa minit sebelum azan subuh. Oleh kerana waktu itu, kang masih bertugas di Shah Alam, angah diazankan oleh arwah Ustaz Saadi dan dia juga yang memberi nama Syazwani. Dari lahirnya, dia memang sangat comel. Wajahnya sentiasa manis dan semua orang sangat menyukai dia. Arwah opahnya selalu panggil dia nani canggih. Angah yang dulunya selalu sakit, kini sudah dewasa dan berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah di UKM.. Bagitulah cepatnya masa berlalu. Sewaktu sekolah rendah, dia menjadi perhatian guru. Sangat aktif dengan aktiviti sekolah dan juga pengawas. Kalau bab menari, memang kena saja lenggoknya...hihi.
Akad sedang berlansung dan selesai dengan sekali lafaz sahaja.
Lega hati semua hadirin.
Angah diiringi kawan-kawanya yang membawa dulang hantaran.
Selesai majlis baru boleh posing.
No comments:
Post a Comment