Banyak yang hendak dikisahkan tapi seluruh anggota masih terlalu lemah lagi hingga otak pun macam buntu. Dalam pada itu, sempat juga balik Ipoh setiap minggu. Semuanya gara-gara kang yang kena outstation setiap minggu. Patutnya minggu hadapan kang harus bertugas di Johor Baharu pula. Harap-harap dia tak jadi berpergian lagi. Pening kepala untuk menempuh majlis minggu akan datang. Iki pula macam merungut sebab dia uruskan semua perkara. Hmmm...sabar dan tenang semua.
Kembali pada majlis yang diadakan pada 17 Julai dan 23 Julai yang lepas, alhamdulillah semuanya selesai. Sedikit perkara yang terkurang, sila abaikan. Yang paling susah, nak jaga hati keluarga belah hubby. Sangat sedih sebab dalam kita kepayahan mental dan fisikal, orang tak pernah nak jaga hati kita. Hmmm....kemanalah nak dibawa hati ini. Kena simpan sendiri hati yang luka ini. Biar dia sembuh sendiri. Adakah patut macam tuh.
Semoga masjid yang dibena, akan berkekalan hingga akhir hayat.
Gembira
Teman-teman angah yang sanggup datang dari jauh. Kasih sebuah persahabatan.
Juga teman-teman angah masa di UKM
Majlis di rumah mempelai.
Kad undangan
No comments:
Post a Comment