Wednesday, November 28, 2012

APABILA MELAKUKAN KESILAPAN ATAU TERLUPAKAH

Seminggu balik kampong dan jalan-jalan hingga ke utara, adalah sangat memenatkan. Hari-hari tersebut dilengkapkan dengan aktiviti makan-makan. Tak kira siang atau malam. Sangat nyaman perut kami sekeluarga. 

Ahad lepas kami terpaksa balik ke Putrajaya bagi meneruskan urusan-urusan lain. Kami hanya sempat menghadiri majlis Icam di Batu Gajah. Hasrat hati untuk ke majlis anak Dr.Murshid di Royal Golf Club pun tidak kesampaian. Itulah kami yang mengejar waktu dan menjaga hati keluarga.

Sempat singgah bazar ini tapi sangat membosankan.

Rabu lepas sempat singgah di KMK, Changlun.
Di pondok guard kang bertanyakan  rumah pengarah.
Dia jawab...jalan terus dan rumah yang sebuah tu ler rumah pengarah.
Hmmm.... kami tak jumpa jalan terus tersebut. Yang ada hanyalah simpang kanan atau kiri.


Dinner di Tanjung Dawai.
Along dan ayahnya (abang nasir)


Pagi yang nyaman di  hadapan rumah kembar dua along, Taman Lembah Bujang, Bidong. 
Kejauhan ialah Gunung Jerai.




Dataran Sungai Perak. 
Sudah lama kami tidak singgah di sini. 
Kawasan yang tidak dijaga kebersihannya.




Cendol.


 Jumaat
Baru ada masa untuk mengemas rumah.



Sempat jalan-jalan ke Jusco, Ipoh Garden

Sabtu.
Menghadiri majlis perkahwinan anak jiran di Dewan Bankuet Carsem. (Abdullah bin Kassim)

Dihadapan rumah Iki. Tuan rumah keluar beli rojak di Mantin




Iki memandu ke LCCT

Peristiwa malam semalam yang memang tidak boleh dilupakan.Seperti yang dijanjikan, kami  menghantar Iki ke LCCT untuk menjalankan tugas resmi di Tokyo, Jepun.   Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 11.00 malam. 

Dalam perjalanan balik, Iki telefon bagitau kata flight sepatutnya jam 2.45 petang Rabu. Bukan 2.45 pagi. Hishhhh...... harus berlapang dada dan  terpaksalah kami berpatah balik ke LCCT. Malam tadi Iki tidor di rumah dan tengahari tadi sekali lagi ke LCCT. 

Harap waktu ini Iki dah sampai di Lapangan Terbang Honako, Jepun. Semoga dipermudahkan segala urusannya di sana dan di lindungi Allah dalam segala perlakuannya. 


5 comments:

mama ju said...

Salam sejahtera Tun!
tkasih dyg ke rumah mama.
hehe sepupu saya ke jepun pun salah waktu, lewat sehari!
Seronok berjalan ni walau penatkan?

mama ju said...
This comment has been removed by the author.
TUN TIJAH said...

slalu ingat flight siang dgn MAS tapi pi ambil tiket airasia....haha

memang best jalan-jalan terutama tempat yang kita tak pernah pergi.

mama ju said...

Dok putrajaya ek? tpt peberet mama. Mama tak jauh dr pasar borong selangor.#Tulislah selalu!

anakmalaya08@yahoo.com said...

Rumah bawah bukit tmn.saujana hijau (presint 11). Duduk rmh kerajaan. Bla ada waktu, boleh jmpa. Saya slalu jg pergi juaco equine. Mungkin kta pernah jmpa tp x kenal...hihi