Sunday, February 24, 2013

KAMI DI EKSPO BUKU ISLAM 6 PUTRAJAYA

Ini bukan cerita hari ini tapi adalah catatan kami yang terlajak di Presint 3 pada petang Jumaat lepas. Sebenarnya hari itu temankan Fini ke Maybank Presint 3. 

Selalunya memang mudah untuk medapatkan parking di sekitar laluan komplek PJH tapi petang ini memang banyak sangat kereta dan meriah semacam jer. Dropkan Fini depan Maybank dan terus cari parking yang dikhaskan untuk pelawat PJH. Tak ramai yang parking di situ. Mungkin sebab kena berjalan agak jauh dan harus menaiki anak tangga yang agak tinggi. 

Selesai urusan di Maybank, kami pun melajakkan perjalanan ke Dewan Cempaka Sari. Rupanya mulai Jumaat  lepas ada ekspo buku Islam. Sempatlah meneliti buku di beberapa gerai tapi tiada pula buku yang nak dicari. Makanya hanya beberapa buah buku agama yang dibeli.

Walaupun sudah lima tahun menetap di sini, tapi masih banyak lagi tempat yang belum dijejaki. Memang sangat cantik landsap sekitar PJH ini. Lain kali harus bawa DSLR yer Fini.


Hari ini pula hantar Fini ke Taman Botani untuk sessi fotografi. Petangnya pula menggagahkan diri memandu ke HUKM dengan kang dalam hujan yang sangat lebat. Jam 4.15 petang dah sampai dan harus tunggu hingga jam 4.30 petang untuk boleh masuk ke ICU, Tingkat 2.

Semoga Fauzan boleh sedar dan kembali normal. Untuk Nurin pula, semoga dia tabah menghadapi dugaan ini. Jam 5.00 ptg kejar-kejar balik untuk ke Taman Botani. 
  


 Laluan luar dewan pameran menghala tempat parking.





Ada skim wakaf juga.


Boleh wakafkan  Al-Quran .

4 comments:

insan marhaen said...

IM memang suka eye shopping di kedai buku.

Kat sini, selalu pergi ke Hasan BookStore.

TUN TIJAH said...

Ya...memang ralit. Rasa macam nak beli semua tapi nak membacanya...macam siput.

insan marhaen said...

Sejak PR urus negeri Selangor, IM perhatikan kempen budaya ilmu selalu diadakan.

Barulah rakyatnya punyai pemikiran kelas pertama.

TUN TIJAH said...

Saya tinggal di Putrajaya. Kawasan yang hampir ialah B.B.Bangi dan Seri Kembangan. Masih belum jumpa perpustakaan macam di Ipoh tu.

Bila ada peluang jumpa pameran buku, mesti rebut peluang beli.

p/s,
Maaf sebab saya jarang komen blog tuan tapi selalu singgah melalui hp jer.