Sunday, March 31, 2013

AHAD TERAKHIR DIBULAN MAC 2013



 Belon panas baru nak naik.

 Ramainya pengunjung dipetang ahad ini.

 Boleh juga naik sampan.
Walaupun sudah hampir senja, masih ramai yang berbaris.

Senja kami. Hari ini kang tak berapa sihat.
Puas pujuk baru nak ikut.

Friday, March 29, 2013

MACAM-MACAM DI UTC


Sebelum ke UTC kami minum pagi di Stadium. Fini suka nasi kerabu yang sangat sedap. Yummy.

Semasa Super Kinta beroperasi dahulu, ruang ini adalah tempat display barang-barang pasaraya yang melimpah keluar. 
Biasalah pengurusan pasaraya yang kalau boleh semua nak dijual. 

 Gambar ini diambil dari market ayam yang sangat menyesakkan hidung....adoiii.

 Kaunter pertanyaan di pintu utama.

 Walaupun kami hanya balik sebulan sekali tapi bil eletrik tetap tinggi. 

 Selalunya bil Indah Water dibayar secara online.

 Hari ini hanya sempat buat road-tax AGU sahaja. Untuk WVE kena buat online.
Insuran ambil di Pos Malaysia, Tingkat 1. Semuanya selesai.

Selesai urunsan di UTC, kami cari bahan-bahan untuk DIY Fini.
 Kedai ini masih berwajah lama dan rasanya harus dikekalkan.


Thursday, March 28, 2013

BELON PANAS DAN NYAMANNYA PERJALANAN BALIK IPOH

Malam kami di Ipoh.

Perjalanan balik kami terjumpa belon panas ini di Presint 2.

Dan belon panas lagi.

Tuesday, March 19, 2013

BILA BUKAN MILIK KITA

Hari ini agak kalut sikit sebab ada tetamu yang ingin bertandang.  Lewat malam semalam, Zizah bagitau yang dia akan ke Purajaya. Memang dia selalu menemankan suaminya bila ada kerja luar  daerah.

Itulah yang dikatakan rezeki. Baik apa sekalipun dan juga dimana sekalipun.

Pagi tadi sedang kami sarapan, ditegur seseorang yang telah hampir 27 tahun tidak berjumpa. Sebenarnya kami berasal dari kampung yang sama. Kami sama-sama berkursus selama 3 bulan di INTENGAH.

Sebagai peserta kursus yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal, berbagai kenangan yang manis dan pahit telah kami  lalui bersama. Modul kursus termasuklah membina sikap dan disiplin setiap individu supaya tahan lasak.

Kami juga dikehendaki  bermalam di hutan Pertak, KKB  selama seminggu. Modulnya termasuklah mengharungi sungai, mendaki bukit, permainan burung hantu, berkawad dibawah panas matahari dan juga memasak sendiri menu harian. Yang paling menyayat hati, sedang kami lena tidur, kami dikejutkan denga arahan untuk pindah ke lokasi lain disebabkan tempat perkhemahan kami telah diserang hendap. Makanya kami terpaksa membuka khemah dan berpindah ke tapak lain yang telah ditetapkan.

Bagitulah kisah lalu yang menyebabkan kami menjadi akrab. Harap-harap di masa akan datang, biarlah bersaudaraan ini  akan terus bertaut dalam suasana yang murni dan pertalian persaudaraan satu agama dan satu bangsa.



Masakkan pulut tapi tak sempat dimakan sebab mesyuarat habis awal.
Nasib baik sempat makan durian yang dibeli di Pasar Borong Seri kembangan.



Tengahari tadi Nor hantar nasi briani yang maveles.
Dibalas dengan pulut tanak dan sambal tumis ikan bilis.

Monday, March 18, 2013

APABILA GPS MERAJUK DAN SABTU YANG TIDAK MENJADI

Sabtu lepas sepatutnya kami menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Melor iaitu  sepupu belah arwah bapa di KL. Tapi semuanya tidak menjadi. Iki yang sepatutnya menemani kami, tak dapat pergi disaat akhir sebab ada urusan membetulkan air-cond dengan jiran sebelah rumahnya.

Disebabkan kami memang tak pandai nak meredah KL, awal-awal lagi dah set GPS. Tapi GPS pula buah hal. Tiba-tiba fius dashboard swift padam. Memang berpeluh dibuatnya. Disebabkan  masih bersemangat nak pergi, kang kata kita patah balik tukar kereta. Gagau buat u-turn. Tapi keadaan yang sama juga berlaku pada vios. Kang dah mula mengeluh dan sapu peluh yang mula keluar sebab Isnin tuh dia perlu gunakan kereta dan papago untuk ke Kedah dan Perlis.  

Maka terpaksalah kami ke workshop di Presint 15. Malangnya mekanik tu tak boleh nak perbaiki. Akhirnya kami ke Toyota, BBB.

Selesai makan tengahari, kami balik rumah. Solat zohor dan tukar pakaian yang dan basah dek peluh.  Masa tu memang dah penat dan takde mood lansung tapi kang paksa juga untuk ke Suzuki, BBB pula. Balik rumah hampir jam 5.00 petang dengan badan yang sangat letih dan kepala yang berpusing 360 darjah.


Pengantin lelaki ialah anak sulung Melor. Sebenarnya kami dah lama tidak berjumpa.

                             
Menu tengahari kami di kedai mamak Presint 15.
Mee rojak tu memang tak boleh diterima.


Menunggu di Suzuki. Gambar di Toyota pula tak sempat dirakam.

Wednesday, March 13, 2013

BIAR GAMBAR YANG BERCERITA

9 Februari 2013 - perjalanan dari Putrajaya ke Ipoh yang sangat memenatkan. Sempat hadir di majlis perkahwinan anak Raziah Mohamad di Dewan Silveritage. Pasangan pengantin yang manis dan ibubapa yang bahagia. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.

 Ini pula goodies di majlis perkahwinan anak lelaki En.Mustaffa, jiran belakang rumah.  Majlis berlansung di Dewan Bankuet Carsem. Gambar di hadapan rumah. Dahulu kami sama-sama bekerja di Hospital Ipoh. 

 Makan malam kami di Restoren Nasi Lemak Ayam Kampung, Jalan Yang Kalsom yang harus disinggahi setiap kali balik Ipoh. Menu kegemaran kami ialah udang masak sambal petai dan juga ketam masak kari. Ini makanan kegemaran angah. Ayam kampung goreng yang rangup dan sedap.

Kami di Wow Putrajaya.


 Sabtu lepas kami ke rumah angah di U12, Shah Alam.
Tenang bila dengar bunyi percikan air dan juga melihat ikan-ikan yang semakin membesar.


Ahad lepas kami ke rumah iki di Pajam. Buah tangan yang dibeli di Giant, Nilai.
Kali pertama beli pau yang sangat lembut. 


Homemade lasagna  dari jiran belakang rumah. Nor ni memang rajin masak.
Sedap....nyummy.

 Tengaharinya, Nor hantar nasi lemak yang sedap. Atas tu daging goreng kicap yang lembut. Siap minta resepinya. 

Dah 10 hari makan vitamin ini. Beli di Wow Putrajaya.


Hari ini rebus ubi kayu yang dibeli di pasar malam semalam.
Makan dengan sambal ikan bilis. Lembut dan sedap ubinya.
Menu lunch kami hari ini ialah nasi lemak dan ayam goreng.