Hari ini agak kalut sikit sebab ada tetamu yang ingin bertandang. Lewat malam semalam, Zizah bagitau yang dia akan ke Purajaya. Memang dia selalu menemankan suaminya bila ada kerja luar daerah.
Itulah yang dikatakan rezeki. Baik apa sekalipun dan juga dimana sekalipun.
Pagi tadi sedang kami sarapan, ditegur seseorang yang telah hampir 27 tahun tidak berjumpa. Sebenarnya kami berasal dari kampung yang sama. Kami sama-sama berkursus selama 3 bulan di INTENGAH.
Sebagai peserta kursus yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal, berbagai kenangan yang manis dan pahit telah kami lalui bersama. Modul kursus termasuklah membina sikap dan disiplin setiap individu supaya tahan lasak.
Kami juga dikehendaki bermalam di hutan Pertak, KKB selama seminggu. Modulnya termasuklah mengharungi sungai, mendaki bukit, permainan burung hantu, berkawad dibawah panas matahari dan juga memasak sendiri menu harian. Yang paling menyayat hati, sedang kami lena tidur, kami dikejutkan denga arahan untuk pindah ke lokasi lain disebabkan tempat perkhemahan kami telah diserang hendap. Makanya kami terpaksa membuka khemah dan berpindah ke tapak lain yang telah ditetapkan.
Bagitulah kisah lalu yang menyebabkan kami menjadi akrab. Harap-harap di masa akan datang, biarlah bersaudaraan ini akan terus bertaut dalam suasana yang murni dan pertalian persaudaraan satu agama dan satu bangsa.
Masakkan pulut tapi tak sempat dimakan sebab mesyuarat habis awal.
Nasib baik sempat makan durian yang dibeli di Pasar Borong Seri kembangan.
Tengahari tadi Nor hantar nasi briani yang maveles.
Dibalas dengan pulut tanak dan sambal tumis ikan bilis.
No comments:
Post a Comment