Monday, March 18, 2013

APABILA GPS MERAJUK DAN SABTU YANG TIDAK MENJADI

Sabtu lepas sepatutnya kami menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Melor iaitu  sepupu belah arwah bapa di KL. Tapi semuanya tidak menjadi. Iki yang sepatutnya menemani kami, tak dapat pergi disaat akhir sebab ada urusan membetulkan air-cond dengan jiran sebelah rumahnya.

Disebabkan kami memang tak pandai nak meredah KL, awal-awal lagi dah set GPS. Tapi GPS pula buah hal. Tiba-tiba fius dashboard swift padam. Memang berpeluh dibuatnya. Disebabkan  masih bersemangat nak pergi, kang kata kita patah balik tukar kereta. Gagau buat u-turn. Tapi keadaan yang sama juga berlaku pada vios. Kang dah mula mengeluh dan sapu peluh yang mula keluar sebab Isnin tuh dia perlu gunakan kereta dan papago untuk ke Kedah dan Perlis.  

Maka terpaksalah kami ke workshop di Presint 15. Malangnya mekanik tu tak boleh nak perbaiki. Akhirnya kami ke Toyota, BBB.

Selesai makan tengahari, kami balik rumah. Solat zohor dan tukar pakaian yang dan basah dek peluh.  Masa tu memang dah penat dan takde mood lansung tapi kang paksa juga untuk ke Suzuki, BBB pula. Balik rumah hampir jam 5.00 petang dengan badan yang sangat letih dan kepala yang berpusing 360 darjah.


Pengantin lelaki ialah anak sulung Melor. Sebenarnya kami dah lama tidak berjumpa.

                             
Menu tengahari kami di kedai mamak Presint 15.
Mee rojak tu memang tak boleh diterima.


Menunggu di Suzuki. Gambar di Toyota pula tak sempat dirakam.

No comments: