Monday, October 26, 2009

DEMI JIWA

Sebagai mengingatkan diri sendiri yang sentiasa kurang ilmu, petikan ini diambil dari blog yang dilawati. Maaf.....

Allah SWT telah berfirman dalam Surah As -Syams ayat 7 hingga 10 yang terjemahannya seperti dibawah ini:-
"Demi jiwa (nafsu) serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (nafsu) itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (nafsu) itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".

Ibadat-ibadat wajib dan sunat adalah makanan kepada rohani. Sekiranya kita melaksanakan amal-amal ini dengan sempurna, maka sihatlah rohani kerana hampirnya diri kita dengan Allah SWT. Namun, seperti tubuh badan, rohani kita juga perlukan kesucian dan kebersihan. Bagi membersihkan rohani perlu kita mengikut peraturan yang betul dengan sifat perilakunya.Nafsu manusia asasnya ada 3 iaitu:-
1. Nafsu Ammarah
2. Nafsu Lawawamah
3. Nafsu Mutmainnah

Nafsu yang pertama dan kedua perlu dibersihkan dari jiwa manusia dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nafsu ammarah adalah sejahat-jahat nafsu. Seperti firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 53 :-

"Dan daku tidaklah dapat membersihkan (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"

Tuesday, October 20, 2009

RENUNGAN UNTUK BAKAL PENGANTIN

ADAB UZ-ZIFAFAHMAD telah menceritakan :
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”Baginda menjawab :“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”
Baginda menjawab :“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

Friday, October 9, 2009

AIDILFTRI 2009

20 SEPTEMBER 2009 (Ahad)

Untuk kali seterusnya, Aidilfitri disambut serba sederhana di rumah sendiri. Hanya kang tercinta dan putera-puteri tersayang yang ada disisi. Alhamdulillah kerana kami dapat berkumpull bersama lagi.

Masih sempat memohon ampun dan maaf dari satu-satunya insan tercinta yang masih bertahta di hati yang kerdil ini. Dear, moga ini bukan Aidilfitri terakhir kita bersama.

Putera dan puteri yang menjadi penyeri.
21 SEPTEMBER 2009 ( Isnin)
Malam ini ada majlis tahlil di rumah kang di kampung. Semua adik-beradik kang ada berkumpul. Selesai solat dan majlis tahlil, masing-masing menjamu selera...

Selesai Kang bersalaman dan bermaafan dengan seisi keluarga.
23 September 2009 (Rabu)
'' SELAMAT HARI JADI" untuk diri sendiri..
Moga usia ini terus diberkati Allah dan menuju ke jalan yang diredhainya..

Monday, August 17, 2009

KONVOKESYEN ANAKANDA DI UNIMEP

15 OGOS 2009 (SABTU)

Untuk kali keduanya, putera TT meraikan majlis konvokesyennya. Kali ini untuk Ijazah pula. Kami bertolak lebih kurang jam 7.00 pagi dari Hotel Brasmana Putra. Jalan dah mula sesak tapi semuanya berjalan dengan lancar. TT sekeluarga tak sempat sarapan di hotel. Makanya kami pun sarapan apa yang ada di gerai yang disediakan.
Oleh kerana pas masuk yang ada hanya 3 sahaja, seorang puteri terpaksa tunggu di luar. Tak apa lah. Majlis berjalan dengan lancar.
Selepas majlis terus balik Ipoh sementara putera dan puteri 1 terus balik ke KL dan Putrajaya. Penatnya TT memandu kereta pergi dan balik.

Semasa sarapan pagi.
Kedua-dua puteri yang berkongsi saat gembira dengan si abang.


Kang dan anak-anak sempat juga berposing di gerai bunga. Yang berdua tu, heppy jer....

Tuesday, August 11, 2009

SESAK....KE?........SESAH?????????

Sudah beberapa lama TT tidak punya waktu untuk diri sendiri.....uwaaaa.....
Berbaloikah kehidupan sebagini?
Kang masih tak dapat tukar sama. Semoga segalanya selamat dan dilindungi Allah. Kadang-kadang tak terduga segalanya...dan tak terlerai segala dugaan yang datang.
Hati..ingin ku pujuk diri sendiri... susah sangat rasanya. Bermacam perasaan yang ada...


Ini meja kerja di pejabat baru TT.

Wednesday, July 8, 2009

CERITA KISAH DIA......

Semalam petang, Kang berkereta sendirian ke PUJ. Wah... tak sesat jalan dah. Bagus...bagus..
Hari ini pula TT menemani Kang untuk temuduga pertukaran ke KPM, PUJ. Untuk temuduga kali ini, hanya Kang sorang saja yang dipanggil. Harap-harap dapatlah Kang bertukar segera di sini. Mana boleh sorang di sana dan sorang di sini. Semuanya tak menjadi.

Sementara menunggu Kang ditemuduga, TT duk sendirian. Isy...sunyinya pejabat ini. Tak macam ofis TT yang sentiasa bising macam pasar tuh....

Monday, June 22, 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI ...

MEMBUKA PINTU REZEKI ...
(Diambil dari email seorang teman – Roseanita,IPK Perak)

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata;
"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada ) ".
Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari
"Huraian hadith:Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan AllahSemasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya: Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)
Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita.
AL-FATIHAH UNTUK MEREKA….amin

Wednesday, June 10, 2009

BLOG TERTIDUR...?????

4 Jun 2009 (Khamis)

Di pejabat baru ini, selalulah pulak bermesyuaratnyer. Tak sempat nak cerita panjang. Jadinya biarlah gambar ini menceritakan segalanya.

Urusetia yang begitu setia dan kusyuk. Isy... TT pun tabik spring ngan depa nih. Terima kasih U all........

Itulah...... sampai sakit leher tu!!!!!!

Lain kali TT cerita panjang-panjang...wassallam

Saturday, May 16, 2009

MEE BANJIR UDANG KUALA SEPETANG

Hujung minggu ini, TT drive sendirian balik ke Ipoh dan Sabtu ni, TT jadi peneman setia Kang ke Kuala Sepetang...

" Jom pegi Kuala Sepetang, nak..?'
" Ada apa kat sana..?
" Makan mee banjir udang..?"
" Jom........................"

Bagai orang mengantuk yang diberi bantal.



TT dan Kang singgah di gerai Mee Banjir Udang Mak Teh. Harganya RM12.00 untuk mee udang laut. Isy.....ramainya orang yang singgah.... tapi..........????? yang pastinya, udang harus dihabiskan......

Saturday, May 9, 2009

IBU.....ENGKAULAH RATU HATIKU

SEMPENA HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
"Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....MAKKKKK...RINDU MAK.....
.....RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Hari ini, ibu telah tiada disisi dan giliran TT pula merasakan hati seorang ibu.
Kedua-dua puteri tiada disisi... Putera pula sibuk dengan urusan sendiri-sendiri...
SEPINYA HATI UMI.....

Friday, May 8, 2009

KEKUATAN SEDEQAH

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?” Allah menjawab, ” Ada , iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang Maha Suci menjawab, ” Ada , iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?” Allah yang Maha Agung menjawab, ” Ada , iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ” Ada , iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ” Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang yang menahan hartanya”.

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb : ”Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah”. ”Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”. ”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Monday, May 4, 2009

HARI PERTAMA DI J**

Hari ini TT memulakan tugas di tempat dan pejabat baru. Hmmm..... moga segalanya diberkati dan dilandungi Allah... Amin

Thursday, April 30, 2009

LUNCH - JAMUAN PERPISAHAN

Hari ini staff di ofis TT meraikan pertukaran TT dan Siti Rodziah, Kerani Kanan Kewangan yang turut bertukar ke Bukit A##n. Kami lunch di Syuen Hotel. TT makan ABC yang dihidang sendiri. Mestilah sedap.....yum....yum....
Terima kasih untuk semua yang sudi meraikan kami.....

Isy... sedih amat meninggalkan teman-teman di sini. Walaupun TT hanya bertugas di jabatan ini selama 1 tahun 8 bulan, tapi ada pengajaran yang amat bernilai dalam kehidupan ini. Ahhhh... biarlah segalanya tersimpan dihati..
Kalsom dan Amoi yang sangat bersopan santun. Suara pun susah nak keluar.

Thanks, sudi juga mak dara ni datang. Anishah, Rashidah dan Norhaya.....mek Kelate. Jangan mare sebab I masukkan foto U all dalam blog nih....

Hai....sedih amat menginggalkan mereka ini. Hanya merekalah teman yang ada untuk berbual. Yang lainnya, semua lelaki.... Faham aje lah.....
Tudung merah tu sebenarnya teman sekampung yang dah hampir 24 tahun tak jumpa. Kali terakhir jumpa Mashitah ialah pada tahun 1983 dan bertemu kembali di jabatan ini pada 1 Ogos 2007. Isy.... lama tuh. Dah hampir tak kenal. Yang sebelah tu, Aziatul. Banyak-banyaklah bertenang mengharungi kehidupan ini, yer Azi......

Saturday, April 25, 2009

LAPOR DIRI DAN KISAH OUR 25TH ANIVERSARY

22 April 2009

Hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami ke 25 tahun. Jubli perak dah. Pagi ni hantar mesej kat hubby;

Dear hubby,
hepy anyversary...
although 25 yrs have passed,
hope our love will never change...
just become stronger,
through smiles and tears,
through thick and thin..
and all memories we have together...
Luv U

TT ajak suami untuk dinner malam nih...tapi hampeh. Semuanya tak menjadi....sedeyyyyyy

23 April 2009

Pagi nih bertolak awal pagi ke Kem.S****r M******a, Putrajaya untuk lapor diri... Hmm, lamanya menunggu surat......... Katanya pegawai sangat sibuk atau sibuk sangat?????? TT hanya diarahkan untuk jumpa Pem.Tadbir, En.Ijam. Dia aje yang tak sibuk, kot??? Isyyyk..tak perlu jumpa pegawai ker??????Terima kasih En. Ijam. Kalau awak pun sibuk, tak taulah macam mana. Ayoooo.......

Wednesday, April 15, 2009

HIJRAH DAN PERMULAAN PERJALANAN...?

Berada di pejabat ini adalah suatu yang sukar dinyata. Yang pasti, segalanya bagitu kosong dan tidak bermakna. Hari-hari yang datang, tidak membawa khabar gembira mahupun perubahan yang positif.
Lantas, oleh kerana tidak terduga dengan suasana di sini, TT memohon untuk tukar department... bolehlah dikatakan sebagai satu anjakan paradigma dalam kehidupan yang sudah menjelang senja ini. Mudah-mudahan Allah lapangkan dan permudahkan segalanya untuk TT sekeluarga. Disaat ini, hanya pada MU restu dipohon....amin.
Itulah mulanya perjalanan yang harus ditempuh mulai 16 April 2009. Hari ini, seawal pagi TT baru nak berkemas untuk bergerak ke Putrajaya.
Namun hari pun tahu betapa lara dan basahnya hati ini. Dari pagi lagi, hujan turun mencurah-curah tapi TT harus juga memulakan perjalanan.
Kita merancang dan pastinya Allah menentukan segalanya. Dalam perjalanan dilebuhraya (selepas exit Gopeng), TT terima panggilan dari pegawai di Jabatan T****a M*****a yang memaklumkan TT boleh menangguhkan untuk memulakan tugas mulai 4 Mei 2009. Alhamdulillah.
Lantas TT pun membatalkan perjalanan, keluar tol Tapah dan membatalkan semua temujanji yang bersangkutan. Terima kasih semua atas segala pertolongan yang dihulur. Moga Allah membalas segala yang baik itu.
TT tiba di pejabat lebihkurang jam 11.20 pagi dan terus fakskan surat untuk menangguhkan pertukaran.
Moga segalanya dapat berjalan lancar kelak.

Friday, April 3, 2009

RESULT KURSUS PTK 4

Hari ini TT tersangat gembira kerana keputusan Kursus PTK 4 yang dihadiri pada November 2008 dah dapat.
Untuk itu, selain dari bersyukur kepada ALLAH, TT juga sangat berterima kasih kepada Kang yang telah memberi dorongan dan semangat untuk meneruskan kursus tersebut. Tanpa sokongannya, sudah pasti TT balik ke Ipoh pada hari pertama sampai di INTENGAH. Alhamdullillah.....

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN GUNASAMA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
GRED ***, TK4
Tempoh Kursus 03/11/2008 hingga 10/11/2008
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan Penilaian Tahap Kecekapan pegawai di atas seperti berikut :

KEPUTUSAN KURSUS PTK (PERTAMA KALI)
KEPUTUSAN (2008)

TARIKH : 03/11/2008-10/11/2008
KOMPONEN : UJIAN ARAS IV
KOMPONEN : PENILAIAN ARAS IV

KEPUTUSAN KESELURUHAN :
ARAS IV

Sunday, March 15, 2009

CAMERON HIGHLANDS YANG BASAH

Pagi minggu ni, TT ke CH bersama Kang danPuteri 1 yang hendak membeli kaktus untuk program universitinya. Sesampai di CH, hujan mulai turun hinggalah balik. Terpaksalah berpayung sana sini. Mungkin disebabkan hari ini cuti sekolah bermula, CH sesak dengan manusia dan jalan yang jem. Gambar di bawah menceritakan segalanya

Kenderaan yang hampir tak gerak dalam basah hujan.

Kang dan Puteri 1 sempat berposing dan memilih kaktus di Cactus Valley, Brincang.

Saturday, March 14, 2009

MATA KEDUA

Hari ini pusing sekitar Ipoh untuk cari mata kedua (cermin mata). Mula-mula ke The Store dan Kompleks Yik Fong. Tak ada pula yang sesuai. Nasib baik singgah ke Ipoh Parade dan terjumpa frame Bonia nih + cermin (HOYA) = RM1,100. Dah tu, terbeli le pula cermin mata hitam. Bonia juga.
Petangnya ambil Puteri 1 yang pulang bercuti.

Sunday, March 8, 2009

MESYUARAT ..... MAKAN,,,,,???

05.03.2009

Hari ni TT hadir mesyuarat agung PE**EP di M** Pe***ai. Ini kali pertama TT hadir mesyuarat seumpama dan sewaktunya. TT hadir pun sebab nak bawa beberapa orang staff.


Jamuan ringan yang disediakan. Memangnya ringan.....??? Bagusnya mereka ni tak kisah apa yang dihidangkan. Redha dengan apa yang ada.

05.03.2009

Seawal pagi bergerak ke Teluk Intan temankan Kang yang ada appoinment dengan doktor giginya. Selepas tu, macam biasa makan mee rebus Mastan Ghani.
Hujung minggu ini, kami bercadang nak ke KL. Dah janji dengan Puteri I. Tapi disebabkan tuan Putera balik bercuti, tak jadi nak pergi mana-mana.

Kang sedang menjamu selera dengan mee rebus...

Sunday, March 1, 2009

HUJUNG MINGGU DI TELUK INTAN

27.02.2009 (Sabtu)

Hujung minggu ini TT ikut Kang ke Teluk Intan untuk majlis tahlil di rumah abang Mat. Sampai T.Intan terus pekena mee jawa Mastan Ghani yang sememangnya terkenal tu. Sedap....me rebus dan kuah campur. Selesai makan, shoping di Supermarket The Store. Kang sempat beli seluar dan baju.
Malamnya pula ke rumah bang Mat.

Selesai tahlil, masing-masing menjamu selera. Sepanjang hari ni, TT tak makan nasi lagi. Jadinya sedap pulak dinner malam ni.

Malam ini, TT bermalam di Hotel Angsoka. Inilah kali pertama bermalam di sini. Okey ler. Dulu, masa arwah emak mertua dan bapa mertua masih ada, mestilah tidur di Sungai Manik. Sebelum tu, sempat ronda-ronda kat pekan. Dah lewat malam. Hanya lampu yang menyala dan menemani malam minggu di sini.

28.02.09 (Ahad)
Pagi ini sarapan roti sardin di Medan Makan Speedy. Sedap. Rotinya tak banyak minyak . Nipis dan garing. Lain kali boleh makan kat sini lagi.
Balik Ipoh setelah selesai melawat emak Lina dan bapa Hamudah yang sakit di hospital.