(En.Mat Setia dan Pn. Faizah)
Wednesday, June 30, 2010
BUKIT GAMBANG RESORT
(En.Mat Setia dan Pn. Faizah)
Friday, June 25, 2010
FAMILY DAY - BUKIT GAMBANG RESORT
Untuk pergi ke sana, tiada masalah sebab bas disediakan. AJK akan bergerak jam 10.00pagi...sat aje lagi.
Semantara itu, bas kedua akan bergerak jam 3.00 petang. TT sekeluarga pula pergi dengan kereta sendiri.
Ok lah.... mood nak bergembira dah berdendang nih. Untuk yang tak pergi, buat kerja molek2, ye. Semoga selamat pergi dan balik....taa
Tuesday, June 15, 2010
HARI LAHIR DEAR HUBBY
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..Mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…
Tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasad sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…
Friday, June 11, 2010
AKIDAH AKHLAQ

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:
HuraianRumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.
Friday, May 14, 2010
DUNIA INI
Rajinnya kang membersih kawasan rumah ni.
Bahagian hadapan rumah kuaters yang TT duduki kini di Presint 11.
Tuesday, May 11, 2010
DI MANA HATI INI
Orang yang mengalami keadaan yang menjurus kepada situasi negatif ini dikatakan mengalami ‘masalah hati’. Dia tidak sakit dalam erti kata fizikal yang memerlukan rawatan doktor. Tetapi sebaliknya orang begini memerlukan suatu terapi jiwa untuk memulihkan hatinya daripada terus melarat.
Hati yang sakit akan membawa kepada:
1. Putus harap dan hilang rasa kebergantungan pada Allah
2. Kebimbangan dan kerunsingan
3. Resah dan bosan
4. Cepat putus asa dan kecewa
5. Takut pada persekitaran dan berdebar
6. Hilang yakin diri
7. Negatif dan pesimis dalam hidup
Perbuatan jahat terbit dari hati yang kotor berkarat. Perbuatan yang tidak waras seperti bunuh diri, mencederakan orang lain atau menyakitkan perasaan jiran tetangga bersumber daripada hati yang tercemar. Sebaliknya hati yang bersih akan melahirkan sikap terpuji, selalu berbaik sangka, saling ingin mempertautkan silaturahim dan ingin berjasa.
Rasulullah menjelaskan mengenai empat bentuk hati:
1. Hati yang bersih, ibarat lampu bersinar, iaitu hati orang mukmin
2. Hati yang hitam terbalik, iaitu hati orang kafir
3. Hati yang terbungkus dan berbalut, iaitu hati orang munafik
4. Hati yang bercampur aduk antara iman dan nifak
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh manusia dan jika jahat maka jahatlah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah itulah hati.” - (Riwayat Muslim)

Kang yang berjoging di Taman Saujana Hijau, berhampiran dengan rumah TT sekarang ini. memang cantik tempat nih.
Tuesday, April 6, 2010
TIGA GOLONGAN YANG DILAKNAT
Dari Abu Hurairah r.a. katanya,
“Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.”
HuraianSetiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya
Kang sempat bersiar-siar di jogging track berhampiran rumah. Teruja nak jogging tapi waktu masih belum mengizinkan.
Laluan ke jogging track. Rumah TT nun di hadapan sana. Sangat tenang dan damai.

Hari ini ofis TT telah melancarkan Program ke Arah Pelaksanaan 5 S. Semua staff sibuk mengemaskini sudut masing-masing. Good work.... keep it.
Monday, April 5, 2010
KU POHON KEPADA MU
Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..Aku Memohon kepadaMu ya Allah..
Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu,
Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh,
Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia..
dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah
dan Kau Ampunilah dosa2ku,
dosa2 suamiku,
dosa2 anak2ku,
dosa2 kedua arwah ibu-bapaku, arwahibu bapa mertuaku
dan dosa saudara2ku yang telah meninggal
dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak,
yang disengajakan dan tidak,
yang disedari dan tidak....
Amin......
Wednesday, February 24, 2010
Monday, February 15, 2010
2010

Semalam di ADTEC Batu Pahat.Alhamdullillah....ALLAH telah selamatkan kami.
Majlis tahlil di kampung Kang. Norimah dan Lina.
Heppy jer di Nandos, Alamanda

Singgah minum sebelum sampai rumah.

Pondok ini ditinggalkan tuannya. TT merinduinya tapi.....
Monday, December 28, 2009
MAHLIGAI CINTA
"Hey perempuan; lihatlah dengan mata sendiri. Dengarlah dengan telinga sendiri...
Suami kamu telah mendustai kamu. Dia menipu kamu.
Dia menjadikan kamu bagaikan mak andeh..."
"Kalau dia boleh berdusta pada kamu,
apakah kamu mahu tengok sahaja?
Jangan butakan mata kamu. Jangan tulikan telinga kamu.
Bertindaklah mulai hari ini..."
"Kau perempuan baik, tapi disebabkan
terlalu baik kau menjadi mangsa..."
Huh... aku tak sanggup berlawan dengan kata hati
Aku hebat?
Jika aku hebat aku tak akan
tertewas malu hingga begini .
Jika aku hebat, aku tak akan ditipu suami sendiri!
"Ya kamu hebat tetapi suami kamu lebih hebat. Dia terlebih hebat!".
Aku akan tewas.
"Iya, ikut hati mati.
Tapi aku belum mahu mati.
"Betul. Bangkitlah untuk terus berlari.
Jangan tunggu, jangan biarkan masa merosakkan kamu."
Meminjam kata-kata dari Novel "Mahligai Cinta"-SERI DIAH
Saturday, December 26, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN MUNIRAH
Hari ini pula, awal pagi TT sekeluarga ke rumah Kak Mun di Tanjung Tualang untuk menghadiri majlis walimatul-urus Nur Munirah dan pasangannya.
Semoga bahagia dan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.
Foto di bawah merakamkan kenangan Puteri 11 dengan sepupunya.

Wednesday, December 23, 2009
MENCARI DIRI???
Bahagia yang benar-benar bahagia.
Bahagia yang tidak bersandarkan pada siapa-siapa.
Jangan jadikan orang lain itu sebagai syarat untuk bahagia.
Tak berbaloi hidup kalau nak menderita hanya kerana seorang manusia yang tidak tahu menilai harga orang lain.
Belajar lah untuk bahagia.
Belajar lah untuk tidak bergantung pada orang lain untuk bahagia.
Kenapa nak bazirkan masa dengan meratap dan menangis.
Syarat bahagia adalah kita.
Kita sendiri…
Hati kita…..
Pegangan kita……
Prinsip kita……
Penilaian kita……..
Iman kita……..
Tuhan kita.
Tuesday, December 22, 2009
JANGAN...JANGAN.....DAN JANGAN-JANGAN..?
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan-jangan sumbing bibir kita.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.
Jangan tidur selepas subuh.
Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan-jangan sakit jiwa.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan-jangan fatamorgana sahaja.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.
Nota: artikel ini dipetik dari iLuvislam.com
Monday, December 21, 2009
INGIN TERBANG..
Wednesday, December 16, 2009
KENAPA......
Yang nak dikisahkan bukanlah mengenai perjalanan tersebut tapi kisah seseorang yang tidak diundang telah menelefon TT lewat petangnya.
Dengan isak tangis, seseorang itu minta TT ke PPD Kinta, Ipoh untuk menarik balik segalanya.... katanya untuk masa depannya.
Memang TT amat musykil. Apakah jenis manusia ini. TT tak pernahpun mengganggu kehidupannya...tak pernah ingin kenal dengannya.... dan jika Allah izinkan, TT tak ingin pun untuk berjumpa dengannya disaat ini.
Kau tahu jawapannya.... jawablah sendiri dan jangan angkuh dengan kehidupanmu.
Aku ini hanyalah insan yang lemah...
yang telah dirampas haknya,
yang telah dicalar dan dimusahkan hatinya.
Tak ada apa yang bersisa kini.
Tak ada apa yang berbaki kini.
Ya Allah... aku pasrah dengan dugaanmu kini.
Ampunilah hamba Mu ini
Aku insan yang lemah.
Aku tewas, Ya Allah
Thursday, December 10, 2009
HADIAH PADA DIRI
Selepasnya TT ke SOGO. Pusing-pusing hingga melalut sampai jam 5.00 petang....hish. Memanglah melekakan dan akhirnya TT telah terjatuh hati pada BONIA ini. Cantiknya...... Kang pula beli baju kemeja dan seluar.
Sampai PUJ jam 8.30 malam.... bestnye.....
Thursday, December 3, 2009
KE LEMBAGA PEPERIKSAAN
Ada saja yang tak kenanya. Terbalik pula keadaannya dimana TT senak perut memikirkannya. Bermula dari tak reti nak pergi pejabat hinggalah bab tak ada extra income pun, dibebelkan.
Dear diary, tahu tak betapa susah untuk TT nyatatkan satu persatu bisikan hati ini. Haruskah disimpan semuanya?
Friday, November 27, 2009
AIDIL ADHA
Untuk kali ini, TT dan keluarga menyambut Aidil Adha di Putrajaya dan untuk kali ini juga, Aidil Adha disambut dengan amat sederhana. Untuk juadah pagi ini TT hanya masak rendang ayam, sayur goreng dan nasi himpit.Pagi tadi kami sekeluarga solat sunat di Masjid Presint 8. Kemudiannya Kang pergi merelakan diri untuk majlis korban.... Untuk menu tengahari ini, TT cuma tambah dengan nasi tomato dan ayam masak merah...Tuesday, November 24, 2009
SURAT HAWA UNTUK ADAM?????
Maafkan aku atas coretan ini. Sesungguhnya aku adalah Hawamu,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok,yang telah dijanjikan untukmu. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Allah swt jua.
Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!Kenapa? Mengapa begitu ADAM?!.. Ramai orang berkata jika anak jahat ibubapa tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam,
Kau sebenarnya IMAM dan aku adalah MAKMUMmu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku…......
Catatan: Petikan ini dipetik dari blog yang TT singgahi. Terima kasih.



Makan malam di Seri Malaysia....
