Monday, October 25, 2010

TUKAR KULIT

Rancangan hari ini nak buat beberapa urusan di bank tapi TT masih belum gerak ke mana-mana lagi. Malas yang amat sangat menghantui diri. Agaknya sebab di masa lalu dah letih dengan tugas di pejabat dan jemu berjalan sana sini, penyakit malas inilah yang melanda. Harap-harap ini tidak berterusan. Takut pula membahayakan diri.
Masih ingat sewaktu bulan-bulan terakhir di JTM dulu, beberapa mesyuarat dan naziran luar daerah yang melibatkan tugas TT disusunkan setiap minggu.
Johor, Trengganu, Pulau Pinang dan Kedah adalah antara mesyuarat yang wajib dihadiri tapi TT tak dapat hadir ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Miri. Sebenarnya TT dah jemu sangat untuk ke Sabah dan Serawak ni.

Disebabkan tak ada apa yang nak dibuat, layout blog ni jadi mangsa.
Ini ruang arrival di LCCT. Semasa menanti ketibaan angah dari KT.



Pagi ni cuba masak spagheti. Layan je.....

Saturday, October 23, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Panduan ini diambil dari fb Maz - staf di JTM.

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu".

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan".
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli."
Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah"..... inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka.
Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Tuesday, October 5, 2010

FACEBOOK

Sudah beberapa hari ini TT masih lagi tertanya-tanya apa yang tak kenanya dengan komen adik ipar TT di facebooknya.

"kenapa ye...ada orang yg tk punya perasaan,hidup ibarat tunggul kayu..tk pernah nk ambil tahu persaan org lain,hidup mementingkn diri sendiri...ingat boleh hidup sendirike...sendiri mau ingatle..hidup bukan nk menongkat langit..."
Saturday at 4:18pm · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (4)Hide Feedback (4)
Nur Hazwani Ssa likes this..

Nur Akilah Zainudin : ya betul cik sokong acik 200 %...jgn blagak jd org kiter hdup umpama roda kdg2 di atas kdg2 dibawah kan cik....kang blagak sgt jtuh bedebuk padan muka.....
Saturday at 4:29pm · LikeUnlike.

Mrsjazimin Norina: marah betul tuh.... :p
Sunday at 1:03pm · LikeUnlike.

Nur Akilah Zainudin : ya betul2 marah kan cik.....
Sunday at 4:06pm · LikeUnlike

Kadang-kadang kira terus menghukum atau membuat kesimpulan sendiri. Secara tak lansung akan menjadikan kita jauh dari realiti kehidupan. Icam, mudah-mudahan hubungan yang keruh itu dapat dijernihkan.

Tuesday, September 28, 2010

MAKAN-MAKAN

Tarikh: 26 September 2010 (ahad)
Masa : 4.00 petang hingga 10.00 malam
Hari ini untuk kali keduanya TT buat jamuan rumah terbuka.
Mula-mula tu, buat di Ipoh. Jemput adik beradik , kawan-kawan dan juga kawan anak-anak yang stay di Ipoh.
Untuk kali ini pula, open house yang dibuat adalah atas permintaan anak-anak juga. Juadah yang sempat disediakan ialah lemang (beli di Shah Alam), nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, mee kari, kotiaw goreng dan puding laici.
Selain teman anak-anak, jiran-jiran berdekatan pun ada yang datang. Jam 11.00 baru boleh mengemas.
Antara tetamu yang hadir dan sempat berposing.

Thursday, September 23, 2010

SELAMAT HARI JADI

Hari ini 23 September 2010....
Malam tadi Angah dah wish di FB dan Fini pula siap buat entri di Panda Love dia. Thx dear....thx untuk anak2 ummi yang telah menyerikan hidup ini.
Hadiah pula dah dapat awal....hi..hi...thx kang.
Bagi TT pula, alhamdulillah kerana masih sihat dalam usia 53 tahun dan harus juga ingatkan diri dan dekatkan diri kepada Allah. Semoga hari-hari di masa akan datang berada dalam lingkungan kasih Allah swt dan keredhaannya....amin.

Setiap tahun ada saja pemberian tandahati dari putera dan puteri2.

Kad ucapan Affini yang diambil dari blognya. Luv u dear.

Wednesday, September 15, 2010

AIDILFITRI 2010


8 SEPTEMBER 2010 (Rabu)

Nasib baik kang dapat bercuti hari ni. So kami semua gerak ke Ipoh awal pagi bagi mengelakkan jem. Kali ni kami balik dengan Swift. Alhamdulillah sampai awal kerana perjalanan yang selesa. Tak banyak lagi kenderaan di jalan.
Sampai Ipoh, terus ke Megoplex. Banyak barang keperluan dapur yang perlu dibeli. Biasalah rumah yang telah lama ditinggal.
Hari pertama dan kedua di rumah, penat membersihkan apa yang patut. Sedih mengenangkan rumah yang terbiar begitu sahaja. Macam-macam yang rosak dan tak terjaga.


Angah yang penat memandu dan fini co-pilot.


9 SEPTEMBER 2010 (Khamis)

Awal pagi TT dan kang ke pasar membeli keperluan untuk juadah di pagi 1 syawal. Hari ini TT sibuk sepanjang hari di dapur.

10 SEPTEMBER 2010 (Jumaat)

Seperti 4 tahun yang lepas, Aidilftri tahun ini TT sambut di rumah sendiri. Selepas bermaafan dengan kang dan anak2, kami sekeluarga solat sunat aidilfitri di Masjid Kg.Melayu dan seterusnya mengunjungi rumah adik-beradik sekitar Ipoh dan Manjung. Kang pula demam balik.


11 SEPTEMBER 2010 (Sabtu)

Hari ini TT sekelurga ke Teluk Intan. Sempat menziarahi kubur bapa dan ibu mertua. Selepas itu singgah berhari raya di rumah abang Din (tuan rumah tak ada sebab beraya di rumah sedara kak yati) dan Abang Mat. Malam kami ke bendang kerana ada majlis tahlil di rumah kang. Semua adik beradik kang berkumpul kecuali kak Jah yang balik ke JB. Bagus juga dapat berjumpa dengang semua keluarga.


Beraya di rumah abang Mat. Masing2 melayan diri sebab tuan rumah sibuk baru balik.



Wednesday, September 8, 2010

YESS.....BALIK RAYA

Semalam TT , angah dan fini sempat pergi solat terawih di surau Presint 8. Masih ramai jemaah lelaki dan wanita. Alhamdulillah.
Hari ini pula kami akan balik beraya di Ipoh. Lega sebab dapat balik awal sikit. Harap jalan tak sesak untuk perjalanan hari ini. Banyak perancangan yang hendak dibuat bila di rumah nanti. Yang pastinya aktiviti utama ialah untuk membersih rumah yang telah sebulan ditinggalkan. Yang paling penting juga, harap dapat beli rendang tok yang memang sedap di Pasar Tani Medan Gopeng. Rasa tak sabar nak balik. Sangat rindu hati ini untuk bertemu dengan semua family di sana.

Rumah Anak Yatim, Taman Baiduri
Pagi kelmarin TT dan fini sempat ke Rumah Anak Yatim, Taman Baiduri, Dengkil. Puas memberi salam, tak ada yang menjawab. Nasib baik ada nombor telefon di papan tanda hadapan rumah. Oleh sebab hajat ialah untuk memberi sedikit sumbangan, TT titipkan kepada seorang pemuda yang dikatakan petugas di situ. Lega kerana dapat juga membuat sedikit jariah di Ramadan yang mulia. Amin.

Saturday, August 28, 2010

JALAN-JALAN CARI PASAL

26 OGOS 2010(KHAMIS)

Hari ini Kang cuti kerana demam. Kang ni sejak kebelakangan ni, selalu saja tak sihat. Risau juga dengan kesihatannya. Lepas puasa nih kena buat pemeriksaan lagi. Walau bagaimana pun, TT ajak dia jalan-jalan dan kami pun tersinggah ke jualan Presint 2. Sebenarnya tak ada apa yang menariknya tapi TT sempat juga merembat minyak wangi dan set pisau nih. Kang pula teringin dengan T-shirt Polo. Bila tak banyak pilihan tu, teringin pula membeli. Bilalah pula TT nak beli baju raya.



Saturday, August 21, 2010

SYUKUR

Syukur alhamdulillah kerana semua urusan persaraan TT telah selesai dan sempurna. JPA Pencen memang sangat cekap dalam melaksanakan tugasnya Terima kasih banyak2 kepada semua staf yang menguruskan urusan persaraan TT walaupun dokumen yang dihantar kurang dari 4 bulan.
Minggu lepas TT dah dapat semua wang ganjaran dan faedah gantian cuti rehat sebanyak 105 hari. Hari ini pula, setelah disemak melalui Maybank2u, bayaran pencen bulanan telah dikreditkan ke akaun TT. Syukur kerana Allah telah permudahkan segalanya.
Mengenai wang yang diperolehi, buat masa ini TT masih belum ada perancangan tapi yang pastinya telah disimpan dalam TH dan juga ASB. Sedikit telah TT hulurkan kepada yang memerlukan. Untuk diri sendiri, belum fikir lagi sebab dari segi pakaian, masih banyak lagi baju dan tudung yang baru dibeli. Tahun ini sahaja, TT dah beli 2 beg tangan iaitu Bonia dan VR.
Harap-harap kehidupan TT dimasa akan datang dipermudahkan dan dilapanglah oleh Allah....dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan rumahtangga, anak yang soleh/solehah dan juga kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin.

Monday, August 16, 2010

AWAL RAMADAN

Tahun ini adalah tahun kedua TT berpuasa di PUJ. Satu perasaan yang sentiasa bermain difikiran ialah rasa rindu sangat untuk kembali ke Ipoh, menikmati makanan kegemaran di pasar Ramadan yang bagitu banyak. Pilih saja mana nak pergi. Biasanya TT suka di Medan Gopeng, Taman Cempaka dan juga di GTM. Sesekali TT dan Kang berjalan jauh sikit hingga ke Taman Pasir Putih, Batu Gajah dan banyak lagi.

Di PUJ ini, keadaan jauh berbeza. Pasar Ramadan yang ada hanyalah di P 2. Itupun sentiasa sesak dengan pengunjung dan kereta. Makanannya pun, masih belum ada yang sesuai dengan selera TT. Nasih baiklah TT ada masa untuk memasak serba ringkas untuk berbuka dan bersahur.


Petang kelmarin TT sempat masak juadah ni untuk berbuka. Sepatutnya dikukus dalam bekas daun pisang tapi terlupa pula nak beli di pasar tadi.

Monday, August 9, 2010

KONVOKESYEN UKM


Petang tadi TT dan kang ke majlis konvo angah di UKM - Ijazah Sarjana Muda Dgn Kepujian, FSKB.
Rasanya penat sangat. Biasanya TT hadiri konvo yang diadakan pada waktu pagi tapi bila petang ni, rasa segala-galanya tidak teratur. Kena masuk dewan pukul 1.30 sedangkan waktu itulah kita kena solat zohor. Habisnya jam 5.00 petang.
Masuk saja pintu, petugas dah beritahu tempat duduk untuk ibubapa dah penuh. Terpaksalah duduk di ruang tempat muzik dan koir. Aduhai.... rasa nak pecah kepala.
Selepas habis konvo, kami makan di Restoren D'Ramai. Itu saja tempat yang boleh disinggahi. Alhamdullillah...kenyang semuanya.
Nasib baiklah ada Iki yang jadi pemandu dan teman setia. Thanks dear.
Untuk Ili Syazwani...Tahniah atas kejayaan hari ini. Semoga terus beroleh kejayaan di masa akan datang. Umi sentiasa mendoakan angah sihat, cemerlang dan bahagia dalam kehidupan. Cuma pesan umi, apa yang kita lakukan, ingatlah Allah selalu.
Mohonlah kepada Allah dan bersyukurlah kepada Allah.

Sunday, August 1, 2010

INSAN BIASA

I Ogos 2010 (Ahad)

Inilah hari pertama sebagai pesara dan sudah pun punya Kad Pesara.
Rasa macam odd je sebab tak rasa macam pesara pun. Alhamdulillah kerana ALLAH telah berikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Moga di hari-hari mendatang, akan terus perolehi kebahagiaan.
Perasaan : yang pastinya tenang kerana tak perlu nak fikirkan pelbagai bebanan untuk ke pejabat dan juga bebanan kerja. Tak perlu lagi nak berkejar untuk parking kereta atau menempuh kesesakan walaupun jarak dari rumah ke pejabat hanyalah 7 km sahaja.
Kerja : Adakah semua kerja telah diselesaikan. Pastinya tidak kerana beberapa hari terakhir itu, amatlah sebuk. Macam2 bebanan yang harus ditangani. Ohh... ingin dipadamkan segalanya itu dari kotak fikiran ini. Aku ingin menjadi orang biasa..seadanya.

30 Julai 2010 (Jumaat)

Hari terakhir di pejabat. Macam tak cukup masa jer....
Jam 8.30 pagi ada majlis bacaan yassin, tahlil dan jamuan perpisahan untuk TT dan En.Azim, PTD Unit Kewangan yang bertukar ke KSM. Saat yang amat menyedihkan.
Selepas itu, ke Hospital KPJ, Kajang un tuk melawat Tim.KP yang warded.
Akhirnya sempat juga menyediakan Nota Serah Tugas......amin
Hari ini TT balik lewat tapi sempat juga bergambar semasa punch card terakhir.

Wednesday, July 28, 2010

KISAH FLORIA DAN HARIJADI 23 JULAI 2010

Yang dari JB nih pun x nak ketinggalan. Katanya lama dah tak ke Johny's.


Sukanya dua beradik nih..nyum...nyum

Pesta Bunga di PUJ. Memang cantik..pelbagai bunga dan warna.


Kesian dia nih.....setianya. Tak dapat pun nak bergambar dengan panglima kapor ni.

Tuesday, July 27, 2010

HARI-HARI TERAKHIR

Isnin dan Selasa TT bercuti. Ingin menghabiskan CR berkelayakan sehingga 31 Julai 2010. Rasanya tak terhabis CR nih. Masih ada yang berbaki. Esok kena dan harus ke pejabat untuk selesaikan beberapa tugas sebelum option dari perkhidmatan awam. Sepanjang hari ni pun, sana-sini call. Dari utara hingga ke selatan. Apa ler dia orang nih...bagi lah orang nak pencen relax sikit. Apapun kena serahkan tugas juga. Harap semuanya ok.
Kenapalah semak tu...mana satu nak buat nih...demam rasanya


Nisfu Syaaban - 26 Julai 2010 (Isnin)
Isnin tuh sempat berjemaah maghrib dan isyak di Surau Presint 11 untuk bacaan Yassin dan tahlil sempena Nisfu Syaaban dan solat hajat untuk jemaah yang akan mengerjakan umrah sempena Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga dipermudahkan segalanya.

Friday, July 9, 2010

INGATAN UNTUK DIRI

AMALAN ZIKIR

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

dicopy dari emel Ija...thx dear

Saturday, July 3, 2010

FATIHAH UNTUK ABANG SULUNG

1 JUN 2010 (Khamis)

Sepanjang hari ini TT sibuk amat di pejabat hingga tak sedar berderet2 missed call dan sms. Allah lebih sayangkan dia. Rupanya petang tadi, abang sulung TT telah kembali ke rahmatullah di Hospital Kelang. Selepas pejabat..... TT , putera cyng dan Kang bergerak ke rumah Analisfaiza di Taman Sireh, Port Kelang tapi sayang sekali tak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Jenazah telah selamat dikebumi.
Selepas maghrib, kami solat di masjid berhampiran dan cari tempat makan sebab Kang berpuasa.
Semoga roh arwah Ahmad Sabrun dicucuri rahmat Allah...amin.
Beberapa hari ini emosi TT terasa amat sayu dan sepi......hanya dia satu2nya abang TT dan hari ini dia telah pergi menemui penciptaNya.
Al-fatihah...

2 JUN 2010 (Jumaat)

Hari ini Kak Cun, Yang, Kak Ha dan anakanda Halimi datang menziarah kak Nyah di Kelang. Petang tu..sempat singgah di rumah TT. Hashim sekeluarga pun, singgah juga. Hilang juga rindu dihati. Jam 4.30 petang, mereka bergerak balik ke Ipoh dan selamat sampai jam 7.00 malam.

Wednesday, June 30, 2010

BUKIT GAMBANG RESORT

JTM Nite yang happening....best3. Macam-macam makanan yang tak termakan.
(En.Mat Setia dan Pn. Faizah)


Ika - staf yang dinobatkan "Staf Paling Bersopan Santun". Tapi gambar ni masa terima hadiah acara sukan pada pagi 26 Jun 2010. Yang sebelah tu...bos besar..KP

Ye..ha.... inilah hadiah yang TT dapat....kenanganlah tu..

Dua orang nih tak sudah-sudah makan. Semalamnya makan gak di Teluk Cempedak. Petang nih di Carribean Kafe. Bolot semuanya pulak tu... hepy jer bila dapat makan sebab masa tu perut memang dah berkeroncong..

Kat luar bilik...masa mula-mula sampai.

Friday, June 25, 2010

FAMILY DAY - BUKIT GAMBANG RESORT

Wahh... TT pun sangat teruja nak ke Bukit Gambang Resort nih. Sebenarnya kami akan mengadakan aktiviti riang-ria Hari Keluarga mulai 25-27 Jun. Semua staf sibuk dan gembira sana-sini. Ramai yang siap bawa family...ye..ha.....

Untuk pergi ke sana, tiada masalah sebab bas disediakan. AJK akan bergerak jam 10.00pagi...sat aje lagi.

Semantara itu, bas kedua akan bergerak jam 3.00 petang. TT sekeluarga pula pergi dengan kereta sendiri.

Ok lah.... mood nak bergembira dah berdendang nih. Untuk yang tak pergi, buat kerja molek2, ye. Semoga selamat pergi dan balik....taa


Tuesday, June 15, 2010

HARI LAHIR DEAR HUBBY

Hari ini hari jadi Kang ke 53. Moga dia terus sihat, bahagia dan mendapat apa yang diimpikannya. Awal pagi TT dah wish kat dia....hantar sms....wish di f/b dan akhir sekali di blog ni....amin....

Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..

Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…
Tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasad sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…

Friday, June 11, 2010

AKIDAH AKHLAQ



Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:

"Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya." - (Muslim)

HuraianRumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Bukhari)