Sunday, August 1, 2010

INSAN BIASA

I Ogos 2010 (Ahad)

Inilah hari pertama sebagai pesara dan sudah pun punya Kad Pesara.
Rasa macam odd je sebab tak rasa macam pesara pun. Alhamdulillah kerana ALLAH telah berikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Moga di hari-hari mendatang, akan terus perolehi kebahagiaan.
Perasaan : yang pastinya tenang kerana tak perlu nak fikirkan pelbagai bebanan untuk ke pejabat dan juga bebanan kerja. Tak perlu lagi nak berkejar untuk parking kereta atau menempuh kesesakan walaupun jarak dari rumah ke pejabat hanyalah 7 km sahaja.
Kerja : Adakah semua kerja telah diselesaikan. Pastinya tidak kerana beberapa hari terakhir itu, amatlah sebuk. Macam2 bebanan yang harus ditangani. Ohh... ingin dipadamkan segalanya itu dari kotak fikiran ini. Aku ingin menjadi orang biasa..seadanya.

30 Julai 2010 (Jumaat)

Hari terakhir di pejabat. Macam tak cukup masa jer....
Jam 8.30 pagi ada majlis bacaan yassin, tahlil dan jamuan perpisahan untuk TT dan En.Azim, PTD Unit Kewangan yang bertukar ke KSM. Saat yang amat menyedihkan.
Selepas itu, ke Hospital KPJ, Kajang un tuk melawat Tim.KP yang warded.
Akhirnya sempat juga menyediakan Nota Serah Tugas......amin
Hari ini TT balik lewat tapi sempat juga bergambar semasa punch card terakhir.

3 comments:

AuntieYan said...

Salam TT,

Laaaaa...bestnya dah sampai masa untuk bersara. Auntie dah rasa tak sabar menunggu saat dan ketikanya.Insyaallah di panjangkan usia, tahun depan bulan Mac giliran Auntie pulak. Dah tak lama mana dah, tolak bulan Ogos ni tinggal lebih kurang 7 bulan saja lagi

TUN TIJAH said...

Salam AY..
Maaf lah sebab lama dah x komen di blog AY.
Sebenarnya sya option.. malas nak keja dah.
Bla le kita bleh jmpa. Teringin plak nak kenal..nantilah ye.
Bln Mac tu dekat sangat lagi..pejam celik..tiba lah.
Sya dulu pun macam itu juga. Ingatkan lambat lagi tapi tak sedar masa berlalu dengan pantas. Terutama bila kita dibebani dengan tugasan yang tak pernah habis.
Hari ini terasa lapang fikiran. Harap sya tak jemu duduk di rumah.
Thx.

Nur Affini said...

Selamat bersama. May Allah blessed u. SYg umi! Emmuah!