Thursday, January 27, 2011

KISAH TEMAN

Semalam drive sorang2 ke rumah seorang teman di Seksyen 19, Shah Alam. Susah juga nak jumpa rumahnya tapi akhirnya sampai juga.
Hmm...terkejut juga bila lihat wajahnya yang sangat berbeza.  Rasanya baru 6 bulan tak jumpa iaitu selepas option.
Alimah kini sangat kurus. Yang lain2 tu, tak sanggup nak nyatakan. Apa yang diceritakan dulu, dia mengidap kencing manis dan HBP tapi kini rupa2nya dia diserang breast cancer. Ya Allah....hanya dalam hati sahaja dapat merasakan perasaan sedih dan simpati. Kini dia menerima rawatan di SASH.
Mudah-mudah Allah sembuhkan sakitnya....amin

2 comments:

AuntieYan said...

Salam TT,

Saya pun baru-baru ni terkejut dengan berita yang seorang lagi kawan saya diserang breast cancer. Kini dia berMC katanya bulan 2 ni nak mula berkemo....sedih rasanya, semua ketentuan Allah. Nasib kita belum tahu lagi.

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Hmm..memang sedih.
Masa saya berkunjung ke rumahnya, dia tak bagi balik awal dan minta selalu datang melawatnya...insyaalah.
Yang sedih lagi tu, dia pesan dengan saya jangan bagitau kawan2 lain.
Mudah2an kita sihat ye AY...amin