Monday, February 14, 2011

SAMSUNG- NOTEBOOK

Sabtu 13 Februari 2011
Bangun di pagi sabtu yang sangat jengkel dan kami ambil keputusan untuk balik ke Ipoh sahaja. Lagipun sebenarnya dah lama rumah tu tidak dijenguk. Sebelum itu, sempat sms dengan iki bagitau yang ummi dan abahnya mahu berpergian semalaman. Sebenarnya hati memang kesian pada anak2 sebab hanya dihujung minggu sahaja kami dapat bersama. Maafkan umi dan abah ye iki.
Sampai Ipoh hampir jam 12.30 tgh. Selepas membersihkan rumah, kami menjamu selera di Restoren Salem. Nasi briani kegemaran dah habis tapi merasai kuah karinya...aduh. Yang tinggal hanyalah udang dan ayam goreng. Kalaulah di Putrajaya ada makanan sesedap ini, alangkah nikmatnya.
Oleh kerana tak ada perancangan untuk ke mana-mana, TT dan kang sempat ke Yik Fong Kompleks. Hasilnya terembatlah teman baru di bawah ni. Malam ni dapatlah bermanja-manja dengannya tapi kecil sangat. Macamana ni....harap-harap jodoh lama dengan Samsung NF 310 OTEBOOK ni.


4 comments:

Nur Affini said...

uiyo.. nak pinjam ! ello kityy..wuu

TUN TIJAH said...

eloo kitty je yg nak pinjam....boleh2.
ayo..kecil sangatle laptop tu.

AuntieYan said...

Salam TT,

Saya bercadang juga nak dapatkan satu, tapi, setelah saya guna lap-top anak anak, rasa macam sakit je mata nak baca, kecik sangat la...
Tapi, ha, note-book memang comel dan menggoda!!tengok le, ada duit lebih, boleh sambar satu ;-)

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Sekarang ni, dah murah pun harganya. Kita bukan nak guna untuk kerja lagi dan tak perlu beli yang mahal.
Notebook boleh bawa jalan-jalan. Praktikal juga bagi saya.
Nanti AY boleh cari untuk kegunaan sendiri.