Tuesday, July 5, 2011

HADIAH UNTUK UMMI

Minggu ini, kang berpergian lagi. Kali ini destinasinya ialah Kota Kinabalu, Sabah. Seperti selalu bila kakang keluar daerah, angah akan menemani umminya. Dia akan berulang alik dari Putrajaya ke Shah Alam.
Malam ini, dia belanja umminya makan di Johnys, Alamanda.....alhamdulillah. Selesai makan, terus solat di surau aras satu. Ramainya orang yang bersolat di situ. Walau bagaimana pun semua mudah sebab masing-masing tak berlama-lama di ruang yang sangat terhad itu. 
Usai solat, terjumpa pula Iki. Dia ke kedai Levi's dan selepas itu  Iki turut menemankan ummi dan adiknya ke Parkson. Minggu lepas dia dah janji untuk belikan beg tangan untuk umminya. Pilih punya pilih, dapatlah yang berkenan dihati. Terima kasih Iki. Ummi simpan dulu beg tu. Bila nak jalan nanti, baru boleh dikeluarkan. Sebenarnya selepas option ni, tidak terniat pun untuk membeli beg tangan baru sebab beg yang ada pun masih elok dan berjenama. Kalau rosakpun hanyalah disebabkan usang disimpanan.



4 comments:

AuntieYan said...

Salam TT,

Bestnya dapat hadiah.

Saya pun sejak dah pencen ni, dah tak rasa nak membeli apa-apa. Rasa macam tak perlu saja.
Yang rajin saya beli ialah makanan!

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Sama ler dgn saya. Bulan lepas saya ada pergi restoren sebelah KFC di PKNS, Bangi yang AY bagitau tuh. Sedap juga makanan di situ.

Nur Affini said...

cantiknye beg..boleh pakai raye..hikhik

TUN TIJAH said...

hihi.....dah pakai pun dik...x be\leh nak tunggu raya..