Tuesday, August 23, 2011

NAK MANJA

Semenjak akhir-akhir ini kang selalu  sakit. Mungkin ini ingatan Allah untuk mengingatkan kita pada dosa-dosa kita di masa lalu. Kelmarin kang ke Melaka untuk tugas resmi di JPN Melaka selama tiga hari. Ini bererti Khamis baru balik. Hmm...lamanya.Dia pelawa ikut sama tapi disebabkan mood bulan puasa, malas nak ikut. Tiba-tiba tengahari tadi, kang muncul di depan pintu. Katakan kerja sudah selesai. Apa-apa lah. Tapi yang peliknya, terus minta selimutkan. Katanya demam.
Malam ini kang nak bermanja dengan anaknya. Angah telah berjaya memujuk kang ke klinik. Harap kang dapat pulihkan semangat balik.Nasib baik ada angah. Thanks dear sebab beri semangat pada ummi dan abah.

Wednesday, August 17, 2011

YA ALLAH - BAHANA FACEBOOK


Cinta Berputik Kembali..MURAD + FAUZIYAH MOHD AMIN


Kisah benar 14hb July.....Kenapa zaman skrg nie org yg dah berumahtangga sanggup curang di belakang pasangan masing2. Tak bersyukur ke dengan ape yg ada???..Ada sepasang Adam + Hawa nie yg Si Adam dah jadi suami org n ada GF jgak...dan si ppuan nie plak dah ada suami....mereka nie pasangan kekasih zaman remaja lg n kini bertemu dlm FB...FAUZIYAH MOHD AMIN nie sanggup menunaikan hasrat kekasih lamanya AHMAD MURAD JAILANI  utk menayangkan BREASTnya ON BRA n OFF BRA kerana itu adalah permintaan AHMAD MURAD.....so masing2 send la picture melalui email....so pls refer attached picture.....

Pic 1 nie just show breast ckit jer nnt ada yg lg best tauuuu

Tuesday, August 9, 2011

KAWAN LAMA

Selalunya petang-petang di bulan puasa bagini, memang selesa sangat baring-baring sambil menunggu mata terlelap. Namun, tadi dapat panggilan dari kawan lama semasa lower six di Ipoh. Arbaaayah namanya dan dia masih tinggal di Ipoh.  Lama juga kami bersembang hinggalah talian terputus tanpa sebab. Walau bagaimanapun sempat juga kami berjanji untuk buat re-union balik selepas Aidilfitri akan datang. Harap-harap angan-angan itu menjadi kenyataan. 
Semasa sekolah dahulu, kami panggil dia Bakyah je. Orangnya putih gebu dan berasal dari Bagan Datoh. Sebab itu, ramai pelajar lelaki yang minat dengannya. Lagipun Bakyah ini sangatlah peramah dan mesra dengan semua orang. Pelajar-pelajar lain sebuk study di perpustakaan, Bakyah pula hilang berdating. Tapi masa itu, kami semua tak ambil kisah urusan peribadi dia.
Tadi Bakyah sibuk ceritakan kisah anak-anaknya yang semuanya telah berjaya kecuali yang kecil masih di Sekolah Menengah Sains. Yang lainnya semuanya sudah dan hampir berjaya dan anak keempatnya bakal bergelar doktor.
Harap-harap ada masa terluang untuk kami berjumpa semula.

Saturday, August 6, 2011

6 HARI BERPUASA

Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini, sudah 6 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan 1432H. Lima hari yang lepas, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah sahaja. Rasanya lebih selesa dan tak perlu terkejar-kejar. Boleh makan dan rehat dengan selesa. 
Walau bagaimanapun, hari ini teringin pula nak tukar selera dan destinasi yang paling hampir ialah  Mangiamo Cafe, Taman Ekuestrian Putrajaya. Dari Presint 11 hanya ambil masa 10 minit. Makanannya memang pelbagai  dan rasanya boleh tahan. Ramai juga pengunjung yang datang dan kebanyakannya ialah family. 
Tempat solat disediakan di  tingkat atas dan kemudahan untuk solat terawih juiga ada disediakan tetapi kami memilih untuk solat terawih di Surau Presint 8. Alhamdulillah, selesai untuk urusan hari ini.

 Puding sagu.

 Ruang solat wanita.

 Nasi minyak...makan selesai solat maghrib.

Hmmm....memang sedap rojak buah nih.