Tuesday, August 9, 2011

KAWAN LAMA

Selalunya petang-petang di bulan puasa bagini, memang selesa sangat baring-baring sambil menunggu mata terlelap. Namun, tadi dapat panggilan dari kawan lama semasa lower six di Ipoh. Arbaaayah namanya dan dia masih tinggal di Ipoh.  Lama juga kami bersembang hinggalah talian terputus tanpa sebab. Walau bagaimanapun sempat juga kami berjanji untuk buat re-union balik selepas Aidilfitri akan datang. Harap-harap angan-angan itu menjadi kenyataan. 
Semasa sekolah dahulu, kami panggil dia Bakyah je. Orangnya putih gebu dan berasal dari Bagan Datoh. Sebab itu, ramai pelajar lelaki yang minat dengannya. Lagipun Bakyah ini sangatlah peramah dan mesra dengan semua orang. Pelajar-pelajar lain sebuk study di perpustakaan, Bakyah pula hilang berdating. Tapi masa itu, kami semua tak ambil kisah urusan peribadi dia.
Tadi Bakyah sibuk ceritakan kisah anak-anaknya yang semuanya telah berjaya kecuali yang kecil masih di Sekolah Menengah Sains. Yang lainnya semuanya sudah dan hampir berjaya dan anak keempatnya bakal bergelar doktor.
Harap-harap ada masa terluang untuk kami berjumpa semula.

No comments: