Sunday, September 25, 2011

NAK MERISIK KE?

24 September 2011(Sabtu)
Kami suami isteri memang tak ada pengalaman lansung dalam urusan merisik. Jauh sekali dari majlis bertunang dan sebagainya. Walau bagaimanapun bila anak sudah dewasa kini, perkara-perkara ini harus dihadapi. Minggu lepas anakanda kedua memaklumkan kedua orang tua seseorang ingin mengunjungi rumah kami untuk berkenalan. Setelah berbincang dengan kang, kami bersetuju untuk menerima tetamu istimewa dari Shah Alam ini. Rasanya bukan anaknya yang gabra tapi umminya yang lebih panik. Apalah yang nak dicakapkan nanti. 
Tetamu datang lebih kurang jam 3.35 ptg. Memang sangat terkejut kerana perbincangan terus kepada merisik. Siap bawa cincin, sepesalinan kain dan juga bakul buah. Sebelum terima cincin, kang mohon keputusan ampunya badan. Memang brutal sungguh soalannya. 
Selebihnya malunya sebab kami memang tidak bersedia apapun. 
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Harap-harap juga kedua-dua pihak boleh menerima kekurangan masing-masing. 
Usai tetamu pulang, terus berat kepala. Ohhh...badan tetiba terasa demam.

2 comments:

Nur Affini said...

ciannye.. get well soon umi cayang ! :) muahhh ! nah ubat !

TUN TIJAH said...

dah pi klinik smlm...hrp2 cpt ler baiknya flu nih