Wednesday, February 29, 2012

HARI TERAKHIR DI BULAN FEBRUARI 2012

Walaupun tiada cerita menarik yang boleh dikisahkan hari ini tapi hari ini adalah sangat istimewa bagi orang-orang tertentu kerana 29 Februari hanya akan hadir lagi bagi 4 tahun akan datang. Itulah tahun lompat. Ini juga ada kaitan dengan tempoh bumi berputar mengelilingi matahari.

Ringkasan tahun lompat ini diambil dari laman web UTM;
Tahun lompat (leap year) merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diripada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandai. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan. Tahun lompat mengandungi 366 hari, manakala tahun-tahun yang lain, tahun biasa mengandungi 365 hari.


Malam tadi hantar Iki ke Putrajaya Central  untuk menaiki erl ke KLIA. Dia ada seminar di Tokyo, Jepun hingga Sabtu. Sedih juga bila nak berpisah dan berjauhan sebagini. Tengahari tu, siap masakkan ketam masak lemak+pucuk pakis iaitu menu kegemaran dia. Tengahari tadi dia sms bagitau telah sampai di Tokyo jam 7.00 pagi. Lega rasa hati. Harap segala urusannya dipermudahkan...amin

Mengheret bagasi  di Putrajaya Central

DI KLIA

Wednesday, February 15, 2012

PETANG YANG BASAH DAN BERTEMANKAN SECAWAN TEH O

Selepas solat asar, kang ajak temankan dia ke Hotel Seri Petaling. Esok pagi kang akan memberi taklimat yang dianjurkan LPM Jln Duta. Disebabkan takut dan kesunyian ditinggalkkan sendirian di rumah, terpaksalah berkemas apa yang patut untuk bermalam semalaman. Jarak dari rumah hanyalah 25 km dan biasanya hanya mengambil masa 20 minit sahaja tetapi disebabkan hujan, jalan agak sebuk. Kami tiba ke tempat yang dituju jam 6.30 petang dan hujan turun sangat lebat. Malam ini nak ajak kang ronda-ronda kat bawah tu. 

 Petang yang dingin dan bertemankan secawan teh 0. 
Sebelum pergi tadi dah makan nasi ayam yang dibeli di gerai UNITEN. 

Hotel 3 bintang yang sangat simple tapi bersih. 
Harap-harap malam ini boleh tidur dengan lena.

Friday, February 10, 2012

SEPETANG DI MASJID MIZAN

Petang tadi sempat menghadiri majlis pernikahan anak seorang teman yang diadakan di Masjid Sultan Mizan. Majlis diadakan selepas solat asar. Tidak ramai tetamu yang hadir kerana majlis ini adalah untuk keluarga kedua-dua pihak mempelai sahaja. Kelihatan  hadir sama ialah Datok KPN iaitu bapa saudara pengantin lelaki. Orangnya sangat simple dan boleh duduk bersila makan bersama-sama tetamu lain. 
Syahdu juga mendengar kutbah jurunikah dan juga taklik yang dibacakan pengantin lelaki. Moga mahligai yang dibina kekal berpanjangan hingga keakhir hayat....amin.

Seri pengantin setelah selesai akad nikah.

Pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang dari pihak perempuan.

Saturday, February 4, 2012

MEMANG TAK PATUT

Hari ini kami sekeluarga ke Taman Cempaka, Ampang bagi memenuhi jemputan majlis perkahwinan staff kang. Memanglah jarak perjalanan tidaklah sejauh mana tapi sangat bosan dengan kenderaan yang terlalu banyak. Majlis diadakan di kawasan halaman rumah pengantin dan ramai tetamu yang hadir. Makanan yang dihidangkan ada pelbagai. Ada kari daging, dalca, acar simple, pajeri nenas, pelbagai ulam, gulai lemak pisang muda, sambal tempoyak dan ayam goreng (walaupun masa kami makan, ayam masih dalam kuali). Kalau ikutkan menu, memang sedap tapi semuanya tak mejadi gara-gara nasi yang kurang masak. Masih terasa berasnya lagi. Kesian tuan rumah yang teraniaya oleh katerer yang memang tidak profesional....memang tak patut.
Harap-harap perkara ini tidak berlaku pada majlis kami yang akan datang.

Resepi ini ambil dari majalah Seri Dewi bulan terkini. Macam sedap jer. Bila ada waktu terluang boleh juga dicuba.

PUDING ROTI CAMPURAN BUAHAN

Bahan-bahan:
3 keping roti - dipotong kiub
4 sudu besar mentega
4 sudu besar buah-buahan campuran kering
100 gm gula perang
2 butir telur
420 ml susu sejat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara membuat:-
Letakkan roti kiub dalam bekas tahan panas. Ketepikan seketika.
- Pukul telur, gula dan mentega hingga lembut. Masukkan pula esen vanila.
-Tuangkan susu ke dalam bekas yang mengandungi roti kiub dan ratakan.
- Taburkan buah-buahan kering dan biarkan selama 20 minit, kemudian bakar dalam ketuhar bersuhu 190�S selama 30- 40 minit hingga keemasan dan garing.
- Alihkan dari ketuhar dan biarkan selama 15 minit sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Thursday, February 2, 2012

URUSAN SETERUSNYA DI MASJID MIZAN

Sejak semalam lagi dah paksa kang untuk mulakan urusan permohonan pernikahan angah di Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi. Tapi kang tak mahu pergi sendiri. Terpaksalah merelakan diri untuk ambil dia di Parcel E dan seterus ke Masjid Besi. Berpandukan makluman kawan-kawan, dapat juga cari eskelator bersebelahan dengan kantin. Kami bertanyakan arah tujuan pejabat berkaitan kepada seorang petugas yang berbaju melayu biru tua yang masih sangat muda. Dia dengan baik hatinya terus membawa uncle dan auntie ni ke tingkat atas hinggalah ke pintu pejabat.
Kami diarahkan untuk mengisi borang tempahan dan selesai diserahkan kepada petugas. Hmmmmm, selesai satu tugas. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Sekarang ini giliran kedua-dua bakal pengantin pula untuk mengisi borang permohonan nikah dan lain-lain urusan yang berkaitan.
 Lorong menghala ke wing lagi satu . Sangat bersih dan nyaman.

Pemandangan sayap sebelah kanan dari pintu pejabat pengurusan.
Kelihatan kubah Masjid Putra. 

 Ruang hadapan ialah menghala ke ruang solat. Tak jauh pun.
Pemandangan ini juga diambil dari hadapan pintu pejabat pengurusan.

Setelah selesai urusan, ikut laluan ini dan cari pintu sebelah kiri untuk keluar.
Laluan kanan pula ialah menghala ke ruang solat.

Wednesday, February 1, 2012

CUTI HARI WILAYAH DAN TAT KEJU BLUEBERRY BUAH-BUAHAN

Hari ini cuti-cuti Malaysia sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Anak-anak pula semua tiada di rumah. Semalam kang dah rancang nak pergi macam-macam tempat tapi pagi ini kami hanya sempat ke Nilai 3. Tujuan utama ialah untuk mencari dulang hantaran yang sesuai untuk majlis angah yang dijangka awal Jun nanti. Seperti biasa, rata-rata pengunjung di sini adalah orang-orang Melayu yang sentiasa bershopping. Kami pusing-pusing dan akhirnya balik dengan tangan kosong. Boleh dikatakan semua harga barang-barang naik melebihi 20 peratus. Sebab itu kena fikir berkali-kali dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Petang tadi pula sempat singgah membeli majalah Mingguan Wanita dan resepi Tart Keju Buah-buahan memang menarik minat. Apapun resepi di bawah ini bukanlah resepi yang dicari tapi tart ini diambil dari majalah Rasa. Mohon share.

Bahan-bahan:
700gm tepung red rose
325gm mentega
200gm gula
½ biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit jem blueberi - untuk hiasan
Hirisan buah kiwi dan pic - untuk hiasan

Bahan inti:1kg krim keju
200gm gula
200gm mentega
Sedikit inti blueberi

Cara memasak:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga adunan sebati.
4. Tekan adunan ke dalam acuan tat dan bakar pada suhu 180°C selama 14 minit.
5. Untuk intinya, campurkan kesemua bahan hingga sebati.
6. Letakkan inti ke dalam tat yang siap dibakar dan bakar sekali lagi selama 10 minit dan angkat.
7. Hiaskan dengan hirisan buah kiwi dan pic di atasnya.