Hari ini kami sekeluarga ke Taman Cempaka, Ampang bagi memenuhi jemputan majlis perkahwinan staff kang. Memanglah jarak perjalanan tidaklah sejauh mana tapi sangat bosan dengan kenderaan yang terlalu banyak. Majlis diadakan di kawasan halaman rumah pengantin dan ramai tetamu yang hadir. Makanan yang dihidangkan ada pelbagai. Ada kari daging, dalca, acar simple, pajeri nenas, pelbagai ulam, gulai lemak pisang muda, sambal tempoyak dan ayam goreng (walaupun masa kami makan, ayam masih dalam kuali). Kalau ikutkan menu, memang sedap tapi semuanya tak mejadi gara-gara nasi yang kurang masak. Masih terasa berasnya lagi. Kesian tuan rumah yang teraniaya oleh katerer yang memang tidak profesional....memang tak patut.
Harap-harap perkara ini tidak berlaku pada majlis kami yang akan datang.
Resepi ini ambil dari majalah Seri Dewi bulan terkini. Macam sedap jer. Bila ada waktu terluang boleh juga dicuba.
PUDING ROTI CAMPURAN BUAHAN
Bahan-bahan:
3 keping roti - dipotong kiub
4 sudu besar mentega
4 sudu besar buah-buahan campuran kering
100 gm gula perang
2 butir telur
420 ml susu sejat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara membuat:-
Letakkan roti kiub dalam bekas tahan panas. Ketepikan seketika.
- Pukul telur, gula dan mentega hingga lembut. Masukkan pula esen vanila.
-Tuangkan susu ke dalam bekas yang mengandungi roti kiub dan ratakan.
- Taburkan buah-buahan kering dan biarkan selama 20 minit, kemudian bakar dalam ketuhar bersuhu 190�S selama 30- 40 minit hingga keemasan dan garing.
- Alihkan dari ketuhar dan biarkan selama 15 minit sebelum dipotong untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment