Wednesday, February 1, 2012

CUTI HARI WILAYAH DAN TAT KEJU BLUEBERRY BUAH-BUAHAN

Hari ini cuti-cuti Malaysia sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Anak-anak pula semua tiada di rumah. Semalam kang dah rancang nak pergi macam-macam tempat tapi pagi ini kami hanya sempat ke Nilai 3. Tujuan utama ialah untuk mencari dulang hantaran yang sesuai untuk majlis angah yang dijangka awal Jun nanti. Seperti biasa, rata-rata pengunjung di sini adalah orang-orang Melayu yang sentiasa bershopping. Kami pusing-pusing dan akhirnya balik dengan tangan kosong. Boleh dikatakan semua harga barang-barang naik melebihi 20 peratus. Sebab itu kena fikir berkali-kali dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Petang tadi pula sempat singgah membeli majalah Mingguan Wanita dan resepi Tart Keju Buah-buahan memang menarik minat. Apapun resepi di bawah ini bukanlah resepi yang dicari tapi tart ini diambil dari majalah Rasa. Mohon share.

Bahan-bahan:
700gm tepung red rose
325gm mentega
200gm gula
½ biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit jem blueberi - untuk hiasan
Hirisan buah kiwi dan pic - untuk hiasan

Bahan inti:1kg krim keju
200gm gula
200gm mentega
Sedikit inti blueberi

Cara memasak:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga adunan sebati.
4. Tekan adunan ke dalam acuan tat dan bakar pada suhu 180°C selama 14 minit.
5. Untuk intinya, campurkan kesemua bahan hingga sebati.
6. Letakkan inti ke dalam tat yang siap dibakar dan bakar sekali lagi selama 10 minit dan angkat.
7. Hiaskan dengan hirisan buah kiwi dan pic di atasnya.

No comments: