Beberapa hari yang lepas, hanya berkesempatan untuk letakkan gambar sahaja. Mood memang hilang untuk bercerita dan sebenarnya pun, memang tiada khabar menarik yang boleh diceritakan. Haha....bolehkah ayat macam ini? Cerita sendiri dan syok sendiri.
Malam sabtu lepas, angah ajak ummi dan abahnya ke Presint 2 untuk sama-sama memeriahkan Pesta Belon Panas peringkat antarabangsa. Angah yang bawa kereta dan umminya dapatlah jadi bos di belakang tapi alangkah hampanya kerana jalan masuk ke Presint 2 memang jammed. Punyalah ramai orang yang teruja untuk melihat belon panas ni. Disebabkan tiada tempat lain yang boleh dituju, haruslah kami menuju ke D'ramai Restoren, Sungai Merab.
Perut yang dah kenyang dan tak tau nak makan apa. Kang order tauhu D'ramai. Rasanya macam mee ladna tapi tanpa mee.Terpaksa dimakan.
Ini pula ABC yang tersangat manis di Restoren Cili Belacan, GIANT Taman Eqine.
Makan kongsi dengan kang.
Makan kongsi dengan kang.
Laksa kari yang sangat pedas tapi sedap. Nasib baik kongsi dengan kang. Bajet petang ini yang tersangat murah. RM10.80 sudah cukup mengenyangkan kami
No comments:
Post a Comment