Kalau dahulu, bila ditanya bila nak kahwin, macam-macam alasan yang diberi.Tapi keadaan boleh bertukar dalam sekelip mata. Katanya dia dah jumpa yang sesuai dan berkenan dihati. Itulah kisah satu-satunya putera kami. Lega juga bila dia dah buat keputusan untuk berkahwin. Biarlah dia yang tentukan jodohnya.
Hmm...ummi pun terpaksa tarik nafas panjang-panjang sebab banyak benda yang perlu diselesaikan. Harap-harap keputusan yang dibuat tidak berubah atau hatinya berpaling pula.
Sebenarnya dua minggu lepas, iki sudah pun kenalkan bakal calonnya dengan family. Ummi dan abah setuju jer.
Hari ini, umminya pun cuba mencari tempat untuk majlis yang dirancangkan pada awal Julai. Tapi pening juga sebab susah sangat nak cari dewan yang sesuai di Putrajaya ni. Tadi Azri datang rumah dan minta pula dia tolong carikan di Shah Alam. Harap-harap tercapailah hasrat dihati.

Anak bujang ummi dan abah.
Cadang kami nak dilansungkan di sini tapi hasrat tidak kesampaian sebab tempahan dewan Seri Endon ni penuh hingga Disember 2012.
Ada kolam ikan di Puspanitapuri ini.
Dulu kang dan Affini pernah berjogging di sini....menyusuri tasek yang damai dan tenang hingga ke Kelab Tasek Putrajaya.
Kami panggil baby yang cumel ni boboboy...dia suka jer. Petang tadi dia berlari datang sini bila kang panggil boboboy...hihi. Sempat kidnap hingga 8.15 malam. Bila buka jer pintu, terus nak balik.
No comments:
Post a Comment