Sunday, April 29, 2012

BILA MACAM-MACAM BERLAKU TAPI TAK SEMPAT UNTUK DITULISKAN

Rasanya terlalu cepat sangat masa berlalu. Ingatkan pada diri sendiri supaya jangan mengeluh dan harus tenang menghadapi segalanya. Moga ALLah berikan kekuatan dan juga permudahkan segalanya.
Ahad lepas selesai sudah majlis merisik bagi anak teruna kami.

Khamis lepas paksa kang balik Ipoh. Nasib baiklah kang rela hati ambil cuti pada hari Jumaat dan kami bergerak balik selepas waktu pejabat. Sampai rumah masih dalam mood yang sangat sedih dengan keadaan rumah yang nampaknya semakin uzur ditinggalkan. Tiga hari dihabiskan dengan mencari beberapa kelangkapan yang masih terbengkalai dan selebihnya mengemas rumah yang diserang anai-anai. Selesai sudah urusan menempah langsir, hantar baju di Taman Cempaka dan juga urusan di butik pengantin.

Ahadnya balik dari Ipoh,kami singgah di SACC, Shah Alam,  
Singgah Nando's dan sempat merasa  menu terbaru.

2 comments:

Nur Affini said...

penat tu.. Muah ! bagi ilang penat..hee

TUN TIJAH said...

ari nih pi sogo dan alamanda plak.....tambah lh penatttt...huaaaa