Pagi ini kami masih di CH dan pastinya sarapan pagi ini masih di hotel. Memang ramai yang menginap di sini hingga ruang makan hotel penuh dengan tetamu. Kelihatan mereka ini datang berkeluarga. Kami duduk semeja dengan satu keluarga dengan lima orang anak-anak yang masih kecil dari Subang Jaya. Katanya setiap bulan mereka akan bercuti di CH.
Hari ini juga adalah hari lahir Affini ke 24 tahun. Dah besar panjang sibungsu ni. Oleh kerana hadiah telah siap dibeli di Teluk Intan, pagi ini tak ada surprise untuk dia. Memadai sekadar jalan-jalan di CH dan seterusnya balik ke Putrajaya melalui Tapah. Jalannya masih berliku-liku. Rasanya lama sangat untuk sampai ke pekan Tapah.
Kami singgah di Al-Manshoor Agrofarm, Kampung Taman Sedia yang tak jauh dari Smoke House,Tanah Rata. Katanya inilah satu-satunya ladang strawberi milik orang melayu. Waktu ini bukan musim strawberi berbuah. Jadinya memang tak ada peluang untuk memetik sendiri strawberi yang merah itu. Dapat bergambar dengan pokok strawberi pun jadilah...hihi.
Sejak dari kelmarin, inilah makanan kegemaran birthday girl. Layankan saja. Lagipun dia bukannya makan banyak. Aiskrim tu memang sangat sedap. Sempat juga kami membeli jem strawberi yang diusahakan sendiri oleh orang melayu.
Sebelum sampai ke Al-mansoor Agrofarm, kami singgah di sini. Disebabkan masih awal pagi, tuan punya ladang belum bangun lagi. Agaknya semalam dah dapat untung berlipat ganda.
Disini juga terdapat banyak homestay jika ingin merasai sendiri kehidupan dan suasana sebenar di tanah tinggi ini.
2 comments:
Di Cameron? Teringat masa nak sembahyag di Masjid kat sana, dok cari suis kipas angin tapi tak berjumpa. Tau kenapa?
Mana-mana pun memang tak jumpa kipas angin...hihi.
Masa saya pergi Ahad lepas, jalan memang jammed sangat. Perjalanan dari Simpang Pulai ke Brincang yang biasanya hanya 1 jam telah melampaui hingga 3 jam setengah. Nak makan pun susah sebab semua kedai makanan Islam sesak.
Post a Comment