Thursday, May 30, 2013

SELESAI SUDAH KONVOKESYEN IPG NUR AFFINI

Semenjak memilih untuk option dari perkhidmatan awam, memang tak pernah lagi menjejakkan kaki ke PICC. Dan kelmarin adalah hari yang sangat bermakna buat putri tercinta kami dihari konvokesyennya.

Majlis yang dijalankan diwaktu pagi ini memang sangat selesa bagi kami dan semuanya berjalan lancar. Selesai konvo, kami menjamu selera ke Restoren Muhammad Chan, Bangi. Ini permintaan angah yang katanya dah lama tak makan di situ.

Alhamdullillah selesai sudah tanggung jawab kami sebagai ibubapa memberikan pelajaran yang setinggi mungkin untuk semua anak-anak. Iki dengan ijazah Kejuruteraan Mekanikal, UNIMAP dan  Nani pula dengan Ijazah Sains Persekitaran dari UKM.

Moga-moga semua anak-anak dapat menggembirakan dan memberi kebahagiaan kepada ibubapa mereka pula.  Harap mereka terus berjaya dalam kehidupan dimasa hadapan. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.




Wednesday, May 29, 2013

HARI INI BIAR GAMBAR BERCERITA

 Sidang 5- sesi pagi. 

 Ummi dan abah juga nak bergambar.
Affini bersama-sama teman se IPGTI

 Sedia untuk masuk ke dewan

 Nasib baik ada kak ngah. 
Walaupun tak dapat masuk ke dewan, kak ngah setia menunggu kami hingga selesai. 
Juga membantu si adik di luar dewan. Juga merangkap jurugambar dan mak andam.
Affini bersama teman-teman selesai majlis konvokesyen

Thursday, May 23, 2013

KITA SERING MEMAKSA KEHENDAK KITA KEPADA ALLAH S.W.T

Kelmarin sekali lagi memungkiri janji dengan affini. Hasrat untuk ke Perdana CH, Pajam tidak menjadi setelah kepenatan mencari kain lace di Nilai 3. Kedai yang biasa disinggahi masih bermangga hingga tengahari. Akhirnya kami pun pusing-pusing semua kedai sambil makan angin. 
Beberapa hari kebelakangan ini, fikiran macam  sedikit kacau. Sudah hampir enam bulan fini menghabiskan pengajiannya di IPGTI. Walaupun sudah menghadiri temuduga dan telah berjaya dalam temuduga tersebut, surat tawaran  penempatan masih belum diterima. 
Sebagai manusia biasa, memang fini kecewa dengan apa yang berlaku. Pengajian selama  lima setengah tahun macam tidak berbaloi. Untuk memohon kerja lain, dia masih terikat dengan perjanjian KPM. Dan untuk sambung belajar peringkat master pun, tidak dibenarkan. 
 
Bagi kami sebagai ibubapa, selalu ingatkan yang baik-baik sahaja. Selalunya kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah s.w.t sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. 

Sunday, May 12, 2013

SEHARIAN DI RUMAH



Tanda ingatan dari affini untuk umminya dihari ibu.
Mengenai sambutan hari ibu pula, bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam, pebagai andai dan fatwa yang timbul.
Itulah bahananya bila ada ustaz yang  syok sendiri.
Para ulama dan tokoh agama pula mendiamkan diri.


Dulu-dulu pengat ubi kayu ini sering menjadi makanan kami.
Waktu itu, apa sahaja makanan yang terhidang, semuanya sedap.
Tapi hari ini, anak-anak lansung tak pandang pun. Simpan tiga dalam fridge tapi tidak dimakan.

Iman dah siap sedia nak datang rumah atoknya.

Monday, May 6, 2013

MUDIK KE MUARA


Berada  di kampung sendiri, memang sangat nostalgia. Yang lebih  menyentuh sanubari, apabila harus tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. 

Malam semalam memang rasanya tak boleh nak melelapkan mata. Ahh....biarkan mereka. Bolehkah bersikap bagitu. Pengalaman lima tahun yang lalu, memang sangat memeritkan. Memang mudah berkata dan membuat kesimpulan. Harap-harap janganlah peristiwa itu berulang kembali. Moga-moga tidak....tidak untuk selamanya.

Kang ambil cuti dua hari. Perancangan awal kami nak balik ke Putrajaya pada hari selasa tapi kang berkeras juga untuk balik hari ini. Katanya esok kita pergi ambil Iman. Hahaha.....bagitulah atok yang rindukan cucunya.  

Perjalanan tadi memang memenatkan. Lebuhraya sentiasa sesak. Sesekali kereta terpaksa berhenti walau tiada pun berlaku kemalangan. Bagitu hebatnya rakyat Malaysia. Kami balik dengan rela hati dan tiada sesiapa  yang menyogokkan wang ringgit.

Sebenarnya hati ini sangat terguris dengan suasana PRU 13 ini. Masih terkenang dan terpahat di hati lirik lagu Warisan. Inilah kenangan insan yang dibesarkan dalam wadah GPMS.  Mungkin esok atau lusa kita akan pergi selamanya tapi hendaknya biarlah generasi kita akan datang tidak menangis kerana terbakar hatinya yang sepi. 

Petang ini mendung dan gelap di luar jendela. 

WARISAN
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
 
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
 
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
 
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Sunday, May 5, 2013

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB LIMA TAHUN SEKALI

Mulanya memang malas sangat nak balik Ipoh. Malas bukan sebab tak mahu  mengundi tapi sebenarnya malas untuk meredah perjalanan di highway

Tempat kami mengundi.
Di sekolah inilah  anak-anak memulakan pengajian mereka.
Tak jauh dari rumah.
Kini telah banyak perubahan dan pembangunan di sekolah ini.
Barisan jenerasi muda.


Bukan soal dakwat yang nak kekal hingga seminggu tapi sebagai bukti kami sanggup balik dari Putrajaya ke Ipoh semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.