Thursday, May 23, 2013

KITA SERING MEMAKSA KEHENDAK KITA KEPADA ALLAH S.W.T

Kelmarin sekali lagi memungkiri janji dengan affini. Hasrat untuk ke Perdana CH, Pajam tidak menjadi setelah kepenatan mencari kain lace di Nilai 3. Kedai yang biasa disinggahi masih bermangga hingga tengahari. Akhirnya kami pun pusing-pusing semua kedai sambil makan angin. 
Beberapa hari kebelakangan ini, fikiran macam  sedikit kacau. Sudah hampir enam bulan fini menghabiskan pengajiannya di IPGTI. Walaupun sudah menghadiri temuduga dan telah berjaya dalam temuduga tersebut, surat tawaran  penempatan masih belum diterima. 
Sebagai manusia biasa, memang fini kecewa dengan apa yang berlaku. Pengajian selama  lima setengah tahun macam tidak berbaloi. Untuk memohon kerja lain, dia masih terikat dengan perjanjian KPM. Dan untuk sambung belajar peringkat master pun, tidak dibenarkan. 
 
Bagi kami sebagai ibubapa, selalu ingatkan yang baik-baik sahaja. Selalunya kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah s.w.t sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. 

No comments: