Semenjak memilih untuk option dari perkhidmatan awam, memang tak pernah lagi menjejakkan kaki ke PICC. Dan kelmarin adalah hari yang sangat bermakna buat putri tercinta kami dihari konvokesyennya.
Majlis yang dijalankan diwaktu pagi ini memang sangat selesa bagi kami dan semuanya berjalan lancar. Selesai konvo, kami menjamu selera ke Restoren Muhammad Chan, Bangi. Ini permintaan angah yang katanya dah lama tak makan di situ.
Alhamdullillah selesai sudah tanggung jawab kami sebagai ibubapa memberikan pelajaran yang setinggi mungkin untuk semua anak-anak. Iki dengan ijazah Kejuruteraan Mekanikal, UNIMAP dan Nani pula dengan Ijazah Sains Persekitaran dari UKM.
Moga-moga semua anak-anak dapat menggembirakan dan memberi kebahagiaan kepada ibubapa mereka pula. Harap mereka terus berjaya dalam kehidupan dimasa hadapan. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment