Monday, May 6, 2013

MUDIK KE MUARA


Berada  di kampung sendiri, memang sangat nostalgia. Yang lebih  menyentuh sanubari, apabila harus tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. 

Malam semalam memang rasanya tak boleh nak melelapkan mata. Ahh....biarkan mereka. Bolehkah bersikap bagitu. Pengalaman lima tahun yang lalu, memang sangat memeritkan. Memang mudah berkata dan membuat kesimpulan. Harap-harap janganlah peristiwa itu berulang kembali. Moga-moga tidak....tidak untuk selamanya.

Kang ambil cuti dua hari. Perancangan awal kami nak balik ke Putrajaya pada hari selasa tapi kang berkeras juga untuk balik hari ini. Katanya esok kita pergi ambil Iman. Hahaha.....bagitulah atok yang rindukan cucunya.  

Perjalanan tadi memang memenatkan. Lebuhraya sentiasa sesak. Sesekali kereta terpaksa berhenti walau tiada pun berlaku kemalangan. Bagitu hebatnya rakyat Malaysia. Kami balik dengan rela hati dan tiada sesiapa  yang menyogokkan wang ringgit.

Sebenarnya hati ini sangat terguris dengan suasana PRU 13 ini. Masih terkenang dan terpahat di hati lirik lagu Warisan. Inilah kenangan insan yang dibesarkan dalam wadah GPMS.  Mungkin esok atau lusa kita akan pergi selamanya tapi hendaknya biarlah generasi kita akan datang tidak menangis kerana terbakar hatinya yang sepi. 

Petang ini mendung dan gelap di luar jendela. 

WARISAN
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
 
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
 
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
 
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

No comments: