Sudah tiga minggu Affini menghabiskan cuti semesternya dan sabtu lepas kami ke JB dengan Myvi pink. Kali ini kakang benarkan Fini pandu sendiri. Hish....cemas juga dibuatnya. Kami bertolak dari PUJ jam 9.15 pagi dan selamat sampai di IPTI jam 2.00 petang. Untuk perjalanan dua hari ini, kami membuat keputusan menginap di Hotel Selesa. Selalunya bila di JB, kami akan bermalam di Seri Malaysia
Ahadnya kami ke Taman Skudai Baru untuk mencari rumah sewa dan sempat juga singgah di SK Mutiara Rini. Jauh juga sekolah ini dengan IPTI.
Kelmarin kami bertolak balik ke Putrajaya dengan bas dan selamat sampai di rumah jam 4.00 petang. Bagi orang lama macam kami, perjalanan menaiki bas adalah sangat memenatkan. Lagipun bas lansung tidak berhenti rehat. Sekarang ni tinggal TT dan kakang berdua sahaja di rumah ini kecuali bila hujung minggu.
Dalam lif saje yang sempat posing. Perjalanan yang memenatkan.
Dalam lif saje yang sempat posing. Perjalanan yang memenatkan.
2 comments:
miss uu!
m.u.2....take care dear
Post a Comment