Majlis pernikahan Ya di Masjid Kg.Melayu, Ipoh.
Pengantin lelaki ialah orang Perlis dan wartawan sukan di TV9.
Affini yang temankan ummi dan abahnya.
Sempat berposing....hihi
Aktiviti petang Sabtu. Nasib baik ada Kak Intan yang sama-sama membantu tuan rumah.
Lepas ni kena rewang di majlis kak Intan pula.
Anak-anaknya seorang doktor dan seorang peguam .
Masa kecil dahulu adalah teman sepermain Iki, Nani dan Fini.
Ini pula bunga telur yang akan diberikan kepada tetamu.
Bunga telur yang pelbagai warna dicucuk pada batang pisang setinggai 5 kaki yang ditegakkan.
Pertama kali buat dan pertama kali lihat.
Katanya ini budaya orang Kedah. Emak pengantin perempuan berasal dari Kulim, Kedah.
Salah satu goodies untuk tetamu.
Disebabkan Iylia adalah anak tunggal, pelbagai bentuk dan jenis goodies disediakan.
8 comments:
uiyooo
Dik...mlm tu dia orang tunggu kita tlng buat bunga telur tu. Mkcik rehan rindu ngan fini. Nnt balik ipoh gini jumpa dia yek.
salam kenal tuan rumah...
Salam kenal ...in syaa Allah saya akan follow blog puan.
Kenal ke pengantin itu. Ibu pengantin perempuan (Zawiyah) asal dari Kulim.
Salam TT
Cantiknya goodies dia...
TT pun dah ada anak dara?
Waalaikummussalam Pn.Ju,
Itu separuh dr goodies utk pihak perempuan. Ada lg yg x sempat saya ambil gambar.
Anak saya 3 orang sahaja. Kakak dan abangnya dan kahwin. Tinggal dia sahaja yang menemankan ummi dan abahnya. Kalau xde dia, memang sunyi amat kami.
IM lebih suka hadiri majlis perkahwinan yang ringkas tapi penuh ukhuwwah...
Post a Comment