Tuesday, December 20, 2011

REBAH

Isnin selepas majlis, kang kena bertugas di Kelang hingga Khamis. Sendirian mengemas rumah dan segalanya adalah sangat memenatkan. Nasib baik Fini masih bercuti dan sedia membantu. Walau bagaimanapun, kelemahan fisikal dan emosi telah membuatkan ummi ini rebah sbb selsema, demam dan batuk yang berpanjangan.  Jumaat lepas kerja-kerja mengemas selesai tapi hingga kini badan masih rebah.





Sunday, December 11, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN ILI

Alhamdullillah, selesai sudah majlis sederhana kami pada hari ini. Rupanya bukan mudah untuk melaksanakannya terutama beberapa perkara yang melibatkan pihak-pihak lain seperti menunggu waktu mini pelamin sampai, mak andam dan khemah dipasang. Yang paling tension ialah bab makan. Nasib baiklah katerer datang awal dan makanan dapat disiapkan mengikut jadual. Ada yang kata sedap  dan ada juga yag kata tak sedap. Biasalah tuh.Tapi sebagai tuan rumah yang sangat sebuk, kami hanya mampu menjamah makan setelah jam 6.00 petang. Masa itu seluruh badan terasa sangat sakit dan memenatkan. Makanan yang ditelan pun dah tak terasa.
Walaupun kami bukanlah family yang besar tapi anak-anak sangat membantu dan memahami. Bagitu juga dengan kak Teh sekeluarga, Kak Ha sekeluarga dan juga kak Edah juga sekeluarga yang sangat-sangat membantu. Petang ini, rumah kami kambali sunyi. Iki balik jam 9.00 malam tadi. Angah da Fini masih membantu di rumah. Malam ini rehat hingga esok. Kesihan anak-anak yang sangat kepenatan.


Mini pelamin bagi majlis menyarung cincin ini dipasang di ruang dalam rumah


Barang-barang hantaran yang telah siap dan diletak di hadapan mini pelamin.
 Ada  sebelas dulang semuanya.


Puteri kami Ili Isyazwani dan Norazam Mohd. Amin. Mudah-mudahan mereka tabah menghadapi dugaan alam pertunangan hingga disatukan dalam ikatan perkahwinan yang suci lagi murni. Kalau boleh, ummi dan abah mahu mereka cepat kahwin.


Mengabadikan kenangan bersama adik-adik pihak lelaki. 


Bakal ibu mertua sedang menyarungkan cincin.


Cincin berlian emas putih sebagai pengikat janji. Sementara tersarung dijari kiri ialah cincin tanda.

Gambar ini diedit oleh Affini.

SEHARI SEBELUM MAJLIS

Hari ini memang sangat-sangat menguji keimanan dan juga kesihatan. Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dari awal pagi, kang dan fini menemani ke pasar untuk keperluan memasak hari ini. Usai di dapur agak awal iaitu lebihkurang jam 11.00 pagi. Seterusnya ialah aktiviti mengemas rumah bagi memastikan keadaan rumah selesa untuk sanak saudara yang datang.


Inilah rupa khemah yang bertema hijau pucuk pisang.

Thursday, December 8, 2011

FENING

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi majlis akan berlansung. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan juga diselesaikan. Family En.Kang pula tidak membantu lansung tetapi lebih kepada menyediakan skrip yang berpelbagai.Kalau kita layan macamana baik sekalipun, pasti pahatnya berbunyi.
Pagi ini, bangun awal untuk membersihkan rumah tapi terluka pula jari kanan. Ini semua gara-gara mencuci laci dapur. Kita rehat dulu ya ummi dan si tiut telah sediakan roti telur untuk umminya. Hmm...sedap. Makan 1 keping cukup. Nanti kalau lapar, kita buat bihun goreng pula.
Pagi ini juga buka fb dan mari kita kongsikan tazkirah ini bersama.


Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)

Huraian Hadith:
1. Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil terhadap agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadith lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Nabi SAW bersabda:
“Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”. Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya. Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya”.

2. Perbuatan zina adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi. Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810, dan Muslim no. 57)

3. Zina adalah satu perbuatan yang sangat keji. Al-Quran menggambarkan zina itu dengan gambaran yang cukup buruk dan mampu memberi kesan yang amat negatif. Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’: 32)

4. Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW:
“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. (Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Saturday, November 26, 2011

MAAL HIJRAH 1433

Hijrah itu memang sangat-sangat memerlukan pengorbanan. Perlua kuatkan hati, bulatkan tekad dan kuatkan semangat dan azam. Macam berat sangat hala tujunya itu.

Friday, November 25, 2011

ALLAH SAYANG DIA-ALIMAH ABU BAKAR

Malam tadi dapat berita yang seorang teman seperjalanan yang pernah diceritakan terdahulu menghidap kanser, telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang kerana dalam keadaan kritikal. Ingatkan nak melawat arwah tengahari Jumaat ini tapi Allah lebih menyayangi dia. Pagi ini dapat berita yang dia telah kembali mengadap menciptanya. Terkedu sejenak.
Dengan ditemani Affini, kami bergegaf ke Shah Alam tapi sayang kerana tidak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir. Arwah telah selamat dikebumikan. Setibanya kami di Tanah Wakaf Seksyen 21, Shah Alam, talkin sedang dibacakan. Ramai teman-teman lama dan staf dari ADTEC Shah Alam sudi menziarah. Memanglah suasana sangat sayu.
Terkenang kisah lama kami bersama. Detik mulanya perkenalan ialah semasa kami sama-sama ditempatkan di Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga pada tahun 2002 . Kami jadi sangat mesra dan akrab sebab selalu out-station bersama. Teringat bagaimana kami meloloskan diri ke Mount  Kinabalu dan merayau hingga ke Ranau dari Seminar di Nexus Resort & Spa, Karambunai. Terkenang kembali betapa enaknya kami menjamu selera di sebuah restoren di Menggatal kerana hari pertama seminar, makanan tidak disediakan. Kami order segelas air yang sangat besar dan berkongsi ramai-ramai. Alangkah mesranya kami saat itu. Mencukupkan korum ialah Rozanna dari N9, Rahmah dari Penang, Kak Cik dari Kedah, Jariah dari Perlis, Mariam dari Terengganu, Rahman dari Kelantan dan yang lain-lain yang lupa nama. Kami sangat akrab sebab beberapa hal. Seterusnya persahabatan tidak terputus hinggalah bertemu kembali di JTM. 
Hari ini dia telah bersemadi dengan tenang dihari yang sangat mulia. Dia mengadap Illahi lebihkurang jam 1.00 tengahmalam Jumaat tadi dan selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan  ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah...amin


Tuesday, November 8, 2011

AIDILADHA 1432H

Aidiladha tahun ini kami  beraya di Ipoh. Kang masih tidak sihat. Rabu lepas kami balik ke Ipoh. Setibanya di Ipoh, terus ke klinik. Doktor kata kang hanya stress.
Iki  masih di Bangi dan angah pula di Shah Alam. Affini pula tak dapat balik dan beraya di JB. Petang sabtu, angah dan iki sampai ke Ipoh. Ceria juga Aidiladha kami dengan mereka.
Seperti biasa, sambutan sangat sederhana. Selesai solat sunat di Masjid Kg. Melayu, kami ke rumah kak Cun. Sebenarnya sudah lama kami tidak berkunjung ke rumahnya di Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 3.Sementara itu, petangnya Ila dan anak-anaknya berkunjung ke rumah.

Monday, October 31, 2011

CUTI REHAT DAN DEMAM LAGI

Bila usia sudah meningkat  senja, memang kudrat pun berkurangan. Itulah yang terjadi pada kang. Sudah hampir sebulan kang keluar jam 6.50 pagi dan pulang selepas jam 9.25 malam bagi unit UPSR. Kata kang result mesti keluar sebelum cuti hujung tahun. Sabtu dan ahad pun ke pejabat.
Kelmarin kang kata dia tak sihat badan dan telah ambil cuti rehat selama 5 hari. Panjangnya cuti yang dipohon.  Semalam dia macam tak boleh tidur dan suhu badannya sangat panas. Hari ini penat pujuk kang untuk ke klinik dan yang masih enggan berjumpa doktor. Itulah gayanya orang tua yang sakit. Sangat letih untuk melayan karenahnya. Mudah-mudahan kang harus ingat, Allah bagi kita sedikit dugaan untuk meningkatkan keimanan diri sendiri. Itu maknanya Allah masih sayang pada kita dan ingatlah siapa diri kita. 

Monday, October 24, 2011

SALAWAT NARIYAH


Entri ini diambil dari fb Hajah Hamidah....terima kasih kepada penulisnya dan tujuan entri ini hanyalah untuk memanjangkan ilmu yang seringkali kita abaikan. Mudah2an boleh menjadi panduan dan amalan untuk terus mengharungi gelombang kehidupan.

MAKSUDNYA;
YA ALLAH!!! LIMPAHKANLAH RAHMAT YANG SEMPURNA DAN BERIKANLAH KESEJAHTERAAN KEPADA JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW YANG MENJADI SEBAB TERLEPASNYA SESUATU YANG MASIH MENGALAMI JALAN BUNTU DAN TERBUKANYA KESEMPITAN DAN SERTA DIDATANGI SEMUA HAJAT DAN DIPEROLEH SEMUA PEMBERIAN SERTA HUSNUL KHATIMAH (SEMPURNA AKHIR HAYATNYA) DAN DITURUNKAN SIRAMAN MENDUNG HUJAN LANTARAN KEAGUNGAN BAGINDA. (DAN LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN SALAM) KEPADA KELUARGA BAGINDA DAN SAHABAT DI DALAM SETIAP KERLIPAN MATA DAN NAFAS DENGAN BILANGAN SEMUA YANG DIKETAHUI OLEH-MU, WAHAI ZAT YANG MENGUASAI SELURUH ALAM.
Salawat Nariyah disebut juga sebagai salawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Salawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya ia mengamalkan salawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka salawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH SWT akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Sunday, October 23, 2011

BERLIMA LAGI

Gembiranya hati bila semua anak-anak balik dan dapat berkumpul sama-sama. Semalam ambil si kecil yang baru sampai dari JB di Putrajaya Central. Sekali lagi dapat bersama-sama. Iki pun balik awal dari BBB. Hari ini angah pula balik dari Putra Height. Disebabkan dah lama tak makan-makan, akhirnya destinasi yang dituju ialah Restoren Chakri Ekspres, Alamanda.

 Ikan masak 3 rasa yang pedas.

 Sambal udang dan petai. Sedap.

 Kerabu mangga dan epal....sedap tapi pedas sangat.

Ini pula ice-cream mangga di The Cream & Fudge . Tak habis makan sebab kekenyangan. 

Saturday, October 22, 2011

ENAM PERKARA

Seperti hari-hari biasa, bangun awal pagi. Merenung luar jendela di pagi yang tenang dan damai. Mungkin penghuni lain sedang lena tidur. Hari ini Sabtu dan rata-rata mereka  berehat di rumah. 
Pagi ini kang tidak ke ofis. Katanya nak tunggu si kecil balik dari JB. Seperti biasa selesai solat subuh tadi, kang teruskan lenanya.
Dalam masa yang terluang ini, sempat buka fb dan entri ini boleh dijadikan panduan dan ingatan untuk semua. Walaupun amat besar dosanya, masih ramai lagi orang-orang melayu yang terus hanyut dengan zina. Mana dosa zina yang perlu digalas, ditambah pula dengan besarnya dosa menggugurkan kandungan dan juga  pembuangan bayi. Pembunuhan kejam di kalangan umat Islam di negara ini.

Rasulullah telah mengingatkan:
” Hai kaum muslimin, jauhilah perbuatan zina. Sebab di dalamnya terdapat enam (6) perkara, yang tiga diberikan di dunia dan tiga lainnya diberikan di akhirat.

Tiga perkara yang diberikan di dunia:-

1. Hilangnya kewibawaan dari wajahnya.
2. Berkurangnya barakah umur.
3. Dilanda kefakiran yang terus menerus.

Sedangkan tiga (3) perkara yang diberikan di akhirat:



1. Mendapat kemurkaan Allah, 
2. Dihisab dengan berat, dan
3. Mendapat seksa neraka. “

Saturday, October 15, 2011

CARI BARANG LAGI

Memang memeningkan kepala untuk menyediakan persiapan majlis. Walaupun masih jauh lagi, beberapa perkara perlu diberi keutamaan. Mungkin di pihak lelaki, kurang sedikit bebanannya.
Minggu lepas kami ke Nilai 3 untuk mendapatkan bekas hantaran. Disebabkan permintaan dari tuan badan yang mahukan hiasan bunga hidup, tak banyak yang perlu dibeli. Macamana agaknya nak buat nanti hiasan bunga tu. Harap-harap ada yang hendak membantu. 

Sabtu ini pula, destinasi seterusnya ialah Jakel dan Wisma Yakin, KL. Sebenarnya kami tak arif sangat dengan tempat-tempat yang patut dituju untuk membeli keperluan tersebut. Sebab itu, harga terpaksa diketepikan. 
Oleh kerana kain baju melayu yang dicari tidak berapa sesuai di Jakel, dari KL kami terus ke Alamanda. Macam tak ada tempat lain,kan?. Sebenarnya minggu lepas kami telah servey di beberapa kedai termasuk di SACC, Seksyen 7, Plaza Masalam dan juga Alamanda tapi kain yang di Biwanis tetap menjadi pujaan. Makanya  sehingga hari ini, selesai sudah persiapan untuk barang-barfang hantaran. Alhamdulillah. 
Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Setibanya di Alamanda, kami ke Nando's. Cokelat panas ni memang sangat memberi tenaga.

 Menu untuk lunch hari ini.


Sebelum balik, beli icecream mango...sedap. 
Makan dalam kereta.

Thursday, October 13, 2011

KHASIAT EPAL HIJAU


Diambil dari Majalah Saji.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal Hijau
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Wednesday, October 12, 2011

DOA IBU

Setelah sekian lama meninggalkan aktiviti riadah, pagi ini hati terasa lapang untuk berjogging balik tapi cepat terasa penatnya. Tambah pula bersendirian. Memang cepat letih dan jemu. Walau bagaimanapun, badan terasa sihat dan fikiran pun damai.


Pagi ini, buka fb dan terlihat nota ini. 

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
"Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang"... jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
1.  Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2.  Membaca quran sehingga menitis air mata.
3.  Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
1.  Anak.
2.  Ibu.
3.  Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka suami ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya.Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.

Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
 

Tambahan: Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

Monday, October 10, 2011

PERJALANAN MENUJU AKHIRAT

"perjalanan menuju Akhirat" ini dipinjam dari fb Maz (penulis asal :Akhi Akmal)

Perjalanan menuju ke akhirat amat jauh..tentunya memerlukan bekalan yang banyak untuk sampai ke sana..juga untuk menikmati kehidupan selepas mati..memerlukan bekalan yang secukupnya.

Ketahuilah..sesungguhnya mati adalah kiamat kecil untuk manusia..sekiranya baik amalan semasa hidup di dunia dulu..maka kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang dan sebuah
taman dari taman2 syurga..bagi yang buruk amalanya..maka Allah sempitkan kuburnya sehingga bersilang tulang rusuknya dan salah satu dari lubang2 api neraka.

Allah juga menghantar sejenis ular untuk menyeksanya yang bernama (syuja'ul aqra') yang diutus khas oleh allah untuk menyeksa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja..dikatakan dalam kitab2..ular ini panjang taringya ialah sehari perjalanan.. dan sekali disengat / dipalu..hancur seluruh tubuh hingga tenggelam 70 hasta..ya Allah,aku berlindung dengan Allah dari azabMu..

Dan tiga siksa di dalam kubur; 


1-  Dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang rusuk kiri dan kanannya saling bersilangan


2- Dinyalakan api di dalam kuburnya, dan ia diguling-gulingkan di dalam api itu siang dan malam,


3-Allah memasukan ular berbisa bernama Syuja`ul-Aqra` ke dalam kuburnya, yang kedua matanya memancarkan api, dan kukunya dari besi yang panjang, setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya dengan suara seperti halilintar yang menyambar, `Aku adalah Syuja`ul-Aqra. Tuhanku telah menyuruhku agar memukulmu kerana kamu telah :-

-melalaikan solat Subuh hingga terbit matahari
-melalaikan solat Zohor hingga Asar
-melalaikan solat Asar hingga Maghrib
-melalaikan solat Maghrib hingga Isyak
-melalaikan solat Isyak hingga Subuh

`Setiap pukulan akan membenamkannya ketanah sedalam tujuh puluh hasta, ia terus disiksa seperti ini dalam kuburnya sampai hari kiamat.Semoga Allah menjauhkan kita dari azab
kubur..

Wednesday, October 5, 2011

Sunday, October 2, 2011

HATI YANG BERBUNGA

Bila ada taman di hati, sangat payah untuk ditafsir. 
Sukar juga  untuk di jelaskan dengan kata-kata. 
Hati berkata....kalaulah...kalaulah...... 
Kisah kelmarin telah jauh berlalu tapi salahkah sesekali untuk melayan rindu di hati. 
Jangan dilayan rasa hati ini. 
Bukankah telah lama tersimpan dan telah dibuang jauh-jauh.  
Sesekali....beratnya dada ini .

Saturday, October 1, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Petang Sabtu ni, memang sangat melalaikan. Tambah pula bila dah pekena char kotiaw bersama kang di Warisan tengahari tadi. Bila buka facebook, terbaca entri dari Nazira;



RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, September 25, 2011

NAK MERISIK KE?

24 September 2011(Sabtu)
Kami suami isteri memang tak ada pengalaman lansung dalam urusan merisik. Jauh sekali dari majlis bertunang dan sebagainya. Walau bagaimanapun bila anak sudah dewasa kini, perkara-perkara ini harus dihadapi. Minggu lepas anakanda kedua memaklumkan kedua orang tua seseorang ingin mengunjungi rumah kami untuk berkenalan. Setelah berbincang dengan kang, kami bersetuju untuk menerima tetamu istimewa dari Shah Alam ini. Rasanya bukan anaknya yang gabra tapi umminya yang lebih panik. Apalah yang nak dicakapkan nanti. 
Tetamu datang lebih kurang jam 3.35 ptg. Memang sangat terkejut kerana perbincangan terus kepada merisik. Siap bawa cincin, sepesalinan kain dan juga bakul buah. Sebelum terima cincin, kang mohon keputusan ampunya badan. Memang brutal sungguh soalannya. 
Selebihnya malunya sebab kami memang tidak bersedia apapun. 
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Harap-harap juga kedua-dua pihak boleh menerima kekurangan masing-masing. 
Usai tetamu pulang, terus berat kepala. Ohhh...badan tetiba terasa demam.

Friday, September 23, 2011

SUDAH 54 TAHUN

Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan kesihatan yang baik dan juga kehidupan yang sempurna dalam usia yang menjangkau 54 tahun. Awal pagi Fini dah  hantar sms pada uminya. Sebenarnya, bangun dari tidur tadi terlupa peristiwa penting hari ini. Nasib baiklah kang mengingatkan. Terima kasih dear hubby.

Ini pula entry dari blog anakanda bongsu di JB...thx dear

umi..
pini kat sini.
tak dapat nak bagi hadiah kiss pelok kat umi..
Doakan semoga umi panjang umur
murah rezeki dan
bahagia dunia akhirat.
cayang umi..
HAPPY BIRTHDAY !

Tuesday, September 13, 2011

AIDILFITRI 1432H KAMI

Hari ini sudah setengah bulan Syawal berlalu. Cerita Aidilfitri pun sudah menjadi kenangan. Mungkinkah akan ada Aidilfitri untuk tahun-tahun yang akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah. Yang pastinya, sisa kehidupan yang ada harus digunakan dengan perkara-perkara kebaikan, bukan dengan terus sesat dengan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Tidak juga dengan dosa-dosa kecil, apatah lagi moga dijauhi dari melakukan dosa-dosa besar. Yang peliknya zaman sekarang ini, ramai yang tidak sedar akan perkara-perkara maksiat yang dilakukan.

Aidilfitri tahun ini, kami sekeluarga balik beraya di Ipoh. Berada di rumah sendiri terasa sangat selesa dan bahagia. Hari pertama, kami menziarahi rumah adik beradik dan selebihnya melayan tetamu di rumah. Yang datang pada hari pertama ialah kak Edah  sekeluarga, kak Mun dan juga menantu, Johari sekeluarga, Kak Ha, Nizam sekeluarga dan akhir sekali malam hari raya pertama dikunjungi Zira sekeluarga.

Hari raya kedua pula, kami mengadakan rumah terbuka yang dihadiri oleh teman anak-anak. Memang agak memenatkan. Hari berikutnya, kami ke kampung kang di Sungai Manik. Sebelum tu, kami menziarahi pusara arwah FIL dan MIL di Teluk Intan. Sempat juga kami singgah di rumah abg Mat. Malamnya ada majlis tahlil dan perjumpaan keluarga di rumah pusaka kang.

 Bermaafan di pagi 1 Syawal

 Affini yang malu-malu kucing bila dapat duit raya dari kakak dan abangnya.


 Kenangan kami sekeluarga di pagi Aidilfitri.

 Rumah kak Ha. Nazira dan Nizam pun ada.

 Johari sekeluarga dan juga kak Edah dan along yang berkunjung di petang 1 Syawal.

Majlis tahlil pada Khamis (3 Syawal) di Sungai Manik, rumah pusaka arwah MIL dan FIL.

Tuesday, August 23, 2011

NAK MANJA

Semenjak akhir-akhir ini kang selalu  sakit. Mungkin ini ingatan Allah untuk mengingatkan kita pada dosa-dosa kita di masa lalu. Kelmarin kang ke Melaka untuk tugas resmi di JPN Melaka selama tiga hari. Ini bererti Khamis baru balik. Hmm...lamanya.Dia pelawa ikut sama tapi disebabkan mood bulan puasa, malas nak ikut. Tiba-tiba tengahari tadi, kang muncul di depan pintu. Katakan kerja sudah selesai. Apa-apa lah. Tapi yang peliknya, terus minta selimutkan. Katanya demam.
Malam ini kang nak bermanja dengan anaknya. Angah telah berjaya memujuk kang ke klinik. Harap kang dapat pulihkan semangat balik.Nasib baik ada angah. Thanks dear sebab beri semangat pada ummi dan abah.

Wednesday, August 17, 2011

YA ALLAH - BAHANA FACEBOOK


Cinta Berputik Kembali..MURAD + FAUZIYAH MOHD AMIN


Kisah benar 14hb July.....Kenapa zaman skrg nie org yg dah berumahtangga sanggup curang di belakang pasangan masing2. Tak bersyukur ke dengan ape yg ada???..Ada sepasang Adam + Hawa nie yg Si Adam dah jadi suami org n ada GF jgak...dan si ppuan nie plak dah ada suami....mereka nie pasangan kekasih zaman remaja lg n kini bertemu dlm FB...FAUZIYAH MOHD AMIN nie sanggup menunaikan hasrat kekasih lamanya AHMAD MURAD JAILANI  utk menayangkan BREASTnya ON BRA n OFF BRA kerana itu adalah permintaan AHMAD MURAD.....so masing2 send la picture melalui email....so pls refer attached picture.....

Pic 1 nie just show breast ckit jer nnt ada yg lg best tauuuu

Tuesday, August 9, 2011

KAWAN LAMA

Selalunya petang-petang di bulan puasa bagini, memang selesa sangat baring-baring sambil menunggu mata terlelap. Namun, tadi dapat panggilan dari kawan lama semasa lower six di Ipoh. Arbaaayah namanya dan dia masih tinggal di Ipoh.  Lama juga kami bersembang hinggalah talian terputus tanpa sebab. Walau bagaimanapun sempat juga kami berjanji untuk buat re-union balik selepas Aidilfitri akan datang. Harap-harap angan-angan itu menjadi kenyataan. 
Semasa sekolah dahulu, kami panggil dia Bakyah je. Orangnya putih gebu dan berasal dari Bagan Datoh. Sebab itu, ramai pelajar lelaki yang minat dengannya. Lagipun Bakyah ini sangatlah peramah dan mesra dengan semua orang. Pelajar-pelajar lain sebuk study di perpustakaan, Bakyah pula hilang berdating. Tapi masa itu, kami semua tak ambil kisah urusan peribadi dia.
Tadi Bakyah sibuk ceritakan kisah anak-anaknya yang semuanya telah berjaya kecuali yang kecil masih di Sekolah Menengah Sains. Yang lainnya semuanya sudah dan hampir berjaya dan anak keempatnya bakal bergelar doktor.
Harap-harap ada masa terluang untuk kami berjumpa semula.

Saturday, August 6, 2011

6 HARI BERPUASA

Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini, sudah 6 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan 1432H. Lima hari yang lepas, kami sekeluarga berbuka puasa di rumah sahaja. Rasanya lebih selesa dan tak perlu terkejar-kejar. Boleh makan dan rehat dengan selesa. 
Walau bagaimanapun, hari ini teringin pula nak tukar selera dan destinasi yang paling hampir ialah  Mangiamo Cafe, Taman Ekuestrian Putrajaya. Dari Presint 11 hanya ambil masa 10 minit. Makanannya memang pelbagai  dan rasanya boleh tahan. Ramai juga pengunjung yang datang dan kebanyakannya ialah family. 
Tempat solat disediakan di  tingkat atas dan kemudahan untuk solat terawih juiga ada disediakan tetapi kami memilih untuk solat terawih di Surau Presint 8. Alhamdulillah, selesai untuk urusan hari ini.

 Puding sagu.

 Ruang solat wanita.

 Nasi minyak...makan selesai solat maghrib.

Hmmm....memang sedap rojak buah nih.